WCIT 2024: Lat harap orang muda terus melukis

WCIT 2024: Lat harap orang muda terus melukis

MOHAMMAD Nor Mohammad Khalid atau Lat ketika menjadi ahli panel dalam sesi bicara bertajuk Seni dan Kemanusiaan Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT 2024) Ke-7 di Ipoh, semalam. – UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kartunis tersohor, Datuk Mohammad Nor Mohammad Khalid atau Lat harap generasi baharu meneruskan langkah menjadikan seni lukis sebagai medium untuk menyatupadukan masyarakat.

Beliau yang berusia 73 tahun menyatakan. dia yang sudah berkecimpung lebih 40 tahun dalam seni lukisan, mungkin tidak lagi berkeupayaan seperti zaman mudanya.

“Saya gembira dapat melakukannya selama lebih 40 tahun. Dengan peningkatan usia, saya sudah tidak mengikuti peredaran semasa. Saya harap generasi baharu meneruskannya agar seni ini terus berkesinambungan,” katanya semasa hadir menyertai Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT 2024) Ke-7 di Ipoh, Perak, semalam sebagai satu daripada ahli panel dalam sesi bicara bertajuk Seni dan Kemanusiaan.

Beliau sebelum ini diperkenankan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk diberikan gelaran Seniman Diraja.

Kartunis itu juga berkata, kartun termasuk yang berunsurkan jenaka boleh dijadikan alat untuk menceritakan kehidupan harian bagi menyatupadukan rakyat.

“Masyarakat boleh bersama kerana jenaka. Anda melukis bukan untuk satu kumpulan sahaja, anda melukis untuk bacaan seluruh negara. Malaysia berbilang kaum dan umur, saya kena melukis sesuatu yang relevan kepada semua,” katanya.

Mencerita tentang kecenderungan kandungan lukisannya, beliau berkata hidupan harian rakyat Malaysia menjadi fokusnya termasuk kisah hidup lalu masyarakat di kampung.

Beliau juga menceritakan bagaimana ibu bapanya adalah antara pendorong besar buat dirinya untuk melukis.

“Apabila keluarga saudara datang menziarah kami, sebelum mereka pulang, bapa saya akan meminta mereka untuk tunggu sebentar kerana saya akan melukis sesuatu untuk mereka.

“Bapa akan membawa kertas untuk saya melukis. Saya berasa sedikit malu ketika itu, namun bapa sangat bangga dengan lukisan saya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN