Mengujakan, demikian antara perasaan apabila mencuba Isuzu D-Max 3.0L 4X4 X-Terrain yang kini berada di pasaran dengan reka bentuk dan kit badan dikemas kini. Untuk maklumat, Isuzu D-Max 2024 yang dilancarkan baru-baru ini, ditawarkan dalam lima varian dan dua varian enjin iaitu 3.0 liter dan 1.9 liter turbodiesel, di mana ia masing-masing mempunyai kuasa 190PS serta 450Nm dan 150PS serta 350Nm
Meskipun kali pertama memandu kenderaan trak pikap kerana saiznya yang tinggi dan besar, penulis kini lebih yakin menyelusuri pemanduan dengan Isuzu D-Max X-Terrain yang dilengkapi pelbagai kemudahan dan ciri keselamatan komprehensif.
Malah Ia juga sesuai untuk kegunaan harian selain sedia digunakan untuk aktiviti kembara dan bersifat mesra keluarga.
Tahap keselamatan dan keselesaan yang mengagumkan serta ciri-ciri versatil yang ditampilkan pada model baharu ini membuatkan semakin ramai pengguna kereta sedan beralih kepada D-Max.
Berikut adalah enam ciri utama yang disukai oleh editor:
1. Pilihan Enjin Berkuasa dan Efisien:
- Enjin diesel 4-silinder sebaris 16-injap VGS Turbo Intercooler 3.0L DOHC dengan output kuasa 190PS (187hp) @ 3,600rpm, dan tork 450Nm @ 1,600-2,600rpm. Enjin 3.0L ini sesuai untuk mereka yang mencari pemanduan berprestasi tinggi, memberikan kuasa yang mantap untuk pemanduan lasak dan membawa muatan berat.
- Untuk modal bukan X-Terrain, ia dilengkap enjin diesel 4-silinder sebaris 16-injap VGS Turbo Intercooler 1.9L DOHC dengan output kuasa 150PS (147hp) @ 3,600rpm dan tork 350Nm @ 1,800-2,600rpm. Enjin 1.9L ini lebih sesuai untuk mereka yang mengutamakan kecekapan bahan api dan kos operasi yang rendah. Dengan enjin yang lebih kecil, ia menawarkan penggunaan bahan api yang lebih efisien serta cukai jalan yang lebih rendah, menjadikannya pilihan yang praktikal untuk penggunaan harian.
- Transmisi automatik 6-kelajuan dengan Sequential Shift atau manual 6-kelajuan dengan Gear Shift Indicator.
2. Penampilan Luaran Yang Ditingkatkan:
- Berbanding keluaran sebelum ini, Isuzu D-Max 2024 didatangkan dengan penampilan yang dipertingkatkan, termasuk aliran udara “Air Curtain” di bamper untuk memastikan kecekapan aerodinamik. Ini bukan sahaja mengurangkan bunyi cabin, malah meningkatkan pengalaman pemanduan, lebih lancar dan lebih pantas.
- Rekaan gril depan lebih menyerlah, lampu depan Bi-LED baharu, dan menyepadukan DRL LED bersama-sama dengan isyarat belok dalam reka bentuk yang lebih canggih.
3. Reka Bentuk Dalaman Mewah dan Selesa:
- Stereng kulit dwi-tona dengan sulaman coklat cerah, tombol gear kulit dengan kemasan krom satin dan sulaman coklat cerah.
- Suis stereng untuk kawalan audio, bebas tangan Bluetooth, pengecaman suara, paparan multi-info (MID), pengehad halaju manual dan kawalan jelajah adaptif (ACC) serta penghidup enjin kawalan jauh.
- Infotainment skrin sentuh 10 inci dengan sambungan USB, dan Bluetooth, serta fungsi Apple CarPlay dan rangkaian Android Auto secara tanpa wayar.
- Kemasan panel instrumen dan perehat lengan pintu Criollo Brown (coklat) dengan sulaman coklat cerah.
4. Ciri Keselamatan Komprehensif:
- Sistem Keselamatan Pemandu Termaju (ADAS) lengkap dengan Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Bantuan Pusing, Mitigasi Salah Tekan Pedal Automatik, Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dan Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB).
- Perakam video digital (DVR) dashcam di depan dan belakang.
- Amaran Keluar Lorong (LDW), Pemantau Titik Buta (BSM), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Brek Trafik silang belakang (RCTB), dan Multi Collision Brake.
- 5. Peralatan Off-Road Termaju:
- D-Max X-Terrain dilengkapi dengan peralatan off-road canggih yang menjadikannya sesuai untuk pengembaraan lasak. Ini termasuk sistem pacuan empat roda (4WD) dengan mod 2H, 4H, dan 4L yang memudahkan pemanduan di pelbagai jenis permukaan. Ia juga mempunyai “Rough Terrain Mode” terbaharu yang meningkatkan prestasi off-road. Mod ini boleh menambah baik kawalan cengkaman dan menyesuaikan respons pendikit untuk penghantaran kuasa yang lebih lancar. Ia juga mengawal sistem brek untuk pengendalian permukaan kasar. Selain itu, ia secara automatik menghiperkan sistem kawalan cengkaman untuk kestabilan yang lebih baik. Ciri-ciri ini membantu kenderaan menangani permukaan bumi yang mencabar dengan lebih berkesan.
- Differential lock belakang yang membantu meningkatkan cengkaman dan kestabilan ketika melalui jalan berbatu atau berlumpur.
- Suspensi heavy-duty yang mampu menyerap hentakan ketika melalui jalan tidak rata, memberikan keselesaan maksimum kepada pemandu dan penumpang.
- Ground clearance yang tinggi memastikan kenderaan ini boleh mengharungi laluan yang mencabar tanpa masalah, dengan ground clearance yang setinggi 240mm, sudut pendekatan 30.5 darjah, dan sudut pelepasan 23.9 darjah. Ground clearance yang tinggi memastikan kenderaan ini boleh mengharungi laluan yang mencabar tanpa masalah.
6. Pelbagai Pilihan Warna:
- Model baharu ini didatangkan dengan pelbagai pilihan warna seperti Namibu Orange (Warna Baharu), Isley Grey, Onyx Black, dan Dolomite White Pearl.
- Warna yang mencuri perhatian adalah Namibu Orange kerana menampakkan kenderaan itu lebih bergaya dan elegan.
- Kenderaan ini mempunyai jaminan 7 tahun tanpa had perbatuan.
Secara kesimpulannya, antara enam pilihan diketengahkan penulis lebih tertarik dengan aspek menarik lain ialah pencahayaan lampu ambien di bahagian kaki yang memudahkan pengguna untuk naik dan turun dari kenderaan selain satu sentuhan menarik untuk sebuah trak pikap seperti D-Max.
Selain itu, bagi generasi muda yang suka mendengar lagu kegemaran ketika memandu, ketersambungan Apple Carplay dan Android Auto tanpa wayar manakala pada klustermeter menampilkan sepenuhnya digital bersaiz tujuh inci Multi Information Display (MID) dan hadir dengan pengecasan port USB Type C berjaya memikat hati dengan kecanggihan Isuzu D-Max X-Terrain.
D-Max bukan sekadar trak pikap tetapi kini dengan nilai tambah eksklusif untuk pemanduan harian bersama keluarga. Ia juga boleh dengan mudah mencapai lebih daripada 1000KM dengan 1 tangki diesel, setelah diuji oleh editor.
Bermula dengan harga RM157,938.40 dengan reka bentuk yang dipertingkatkan dan pelbagai ciri canggih, Isuzu D-Max X-Terrain baharu sememangnya satu pilihan menarik bagi mereka yang mencari trak pikap yang berprestasi tinggi dan bergaya. Untuk maklumat lanjut berkaitan Isuzu D-Max 2024, sila layari https://pickuptruck.isuzu.net.my/?utm_source=utusanmalaysia&utm_medium=link&utm_campaign=x-terrain_july24 atau di Isuzu Malaysia D-Max laman web.