WCIT ruang tingkat kesedaran industri halal

WCIT ruang tingkat kesedaran industri halal

Wan Amir-Jeffery Wan Abdul Majid (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Halal Development Corporation Berhad (HDC), Hairol Ariffein Sahari pada forum perbincangan bertajuk Membina Hari Esok: Peranan Ekonomi Halal Malaysia Dalam Membina Ekosistem Halal Yang Teguh dan Mapan pada persidangan WCIT di Ipoh, semalam. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia Ke-7 (WCIT 2024) yang diperkenankan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah boleh menjadi platform untuk menyedarkan masyarakat tentang trend semasa industri hahal.

Ketua Pegawai Eksekutif (Komersial) Duopharma Biotech Bhd., Wan Amir-Jeffery Wan Abdul Majid berkata, kehadirannya bertujuan memberi maklumat tentang halal dalam bidang farmaseutikal atau ubat-ubatan daripada sudut pandang syarikat pengeluar.

“Apakah faedahnya kepada pengguna, itu penting. Saya hendak memberikan maklumat itu kepada peserta tempatan dan luar negara yang hadir, supaya mereka memahami,” katanya kepada pemberita semasa penganjuran WCIT 2024 di sini hari ini.

Beliau hadir sebagai ahli panel dalam forum perbincangan bertajuk Membina Hari Esok: Peranan Ekonomi Halal Malaysia Dalam Membina Ekosistem Halal Yang Teguh dan Mapan.

Kata Wan Amir-Jeffery, aspek halal dalam farmaseutikal adalah sesuatu yang boleh dilaksanakan kerana telah ada piawaian tertentu untuk mengeluarkan produk halal.

“Yang pentingnya kita perlu untuk menguar-uarkan dan cipta kesedaran untuk umat Islam tentang wujudnya standard halal farmaseutikal. Orang ramai tidak tahu,” katanya.

Malaysia mempunyai piawaian tersendiri, MS 2424 yang menerangkan garis panduan dalam pembuatan dan pengendalian farmaseutikal halal.

Perbincangan topik itu turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Halal Development Corporation Berhad (HDC), Hairol Ariffein Sahari.

Sementara itu, Hairol Ariffein berkata, antara cabaran dalam ketika ini adalah untuk meningkatkan jumlah pemain industri halal serta menaiktaraf kepakaran dan kualiti mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN