Perjalanan Ajinomoto (Malaysia) Bhd. mencapai Kelestarian Global

Perjalanan Ajinomoto (Malaysia) Bhd. mencapai Kelestarian Global

Kilang baharu Ajinomoto (Malaysia) Berhad yang terletak di Bandar Enstek, Negeri Sembilan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ajinomoto menyumbang kepada kesejahteraan manusia, masyarakat dan bumi 

Sejak penubuhannya pada 1909, Kumpulan Ajinomoto terus berusaha menangani isu sosial global merentasi rangkaian nilai dan sentiasa mencari jalan penyelesaian menerusi pelbagai portfolio perniagaan dengan menumpukan pada inovasi asid amino.

AMB meneruskan komitmen terhadap kesihatan dan kesejahteraan masyarakat dengan menjadi penaja utama untuk tahun kelima berturut-turut sempena Bulan Nutrisi Malaysia 2024 yang diadakan di Pavilion Bukit Jalil baru-baru ini.

Ditubuhkan pada 1961, Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) telah berkembang sebagai pengeluar makanan dan perisa yang dinamik serta memasarkan pelbagai jenama terkemuka yang dipercayai rakyat Malaysia selama berdekad. Perencah Umami AJINO-MOTO® kami kini sudah menjadi antara bahan penting dalam setiap isi rumah.

Mempromosi kehidupan dan kesihatan lebih sihat

 

AMB terus komited membangunkan perniagaan yang berteraskan kelestarian sebagai nadi operasinya. Strategi kelestarian AMB adalah berpandukan Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV), mencerminkan komitmen berterusannya untuk mencipta nilai sosial dan ekonomi bersama dengan pihak berkepentingan dalam mencapai matlamat “Eat Well, Live Well”.

Pendekatan AMB adalah menumpukan kepada menyumbang kesejahteraan manusia, masyarakat dan bumi dengan mempromosi kesihatan, kehidupan dan persekitaran yang lebih lestari.

AMB turut aktif dalam menjalankan aktiviti kulinari bagi memupuk masyarakat mengamalkan pemakanan sihat.

Pendekatan AMB terhadap nutrisi “Nutrition Without Compromise” menjadi pemacu utama syarikat ini. Ajinomoto (Malaysia) Berhad menyasarkan untuk membantu orang ramai menikmati kehidupan lebih sihat dengan mempromosi makanan berkhasiat yang sedap, mudah didapati, dan menghormati cara hidup dan budaya tempatan.

Sepanjang perjalanan, beberapa siri inisiatif kesihatan telah dilaksanakan seperti kempen “Smart Salt” untuk mempromosi usaha mengurangkan pengambilan garam dalam kalangan masyarakat, menerusi program di lapangan, pemasaran digital, lawatan kilang, aktiviti kulinari dan sebagainya.

Projek sukan sekolah “Sports Nutrition Awareness Project” turut dilancarkan untuk meningkatkan kesedaran terhadap nutrisi dan memupuk tabiat pemakanan sihat dalam kalangan atlet murid demi mencapai prestasi tertinggi mereka dalam sukan.

Ajinomoto juga bekerjasama dengan persatuan saintifik dan pihak berkuasa untuk memupuk komuniti sihat dengan menyertai Program Bulan Pemakanan Malaysia (NMM) setiap tahun. Selain itu, syarikat tersebut juga bekerjasama dengan rakan perniagaan dalam pengeluaran makanan untuk mempromosi pemilihan makanan yang lebih sihat menerusi produk industri AMB.

Mempromosi kelestarian persekitaran

 

AMB selaku warga korporat yang bertanggungjawab terus berusaha menerapkan amalan terbaik dalam operasi perniagaannya untuk meminimumkan kesan terhadap persekitaran, menyumbang kepada komuniti setempat dan melibatkan diri bersama pihak berkepentingan secara beretika.

Kilang pintar dan mesra alam AMB dilengkapi teknologi canggih kini dibuka untuk lawatan orang ramai secara percuma.

Tonggak persekitarannya menekankan kepentingan melindungi dan memulihara sumber asli, dan menggalakkan operasi berteraskan inisiatif memelihara alam sekitar seperti mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG), mempromosi penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan menuju ke arah SIFAR sisa plastik dalam operasi kilang AMB yang menerima penarafan ‘PERAK’ dalam Indeks Bangunan Hijau (GBI) Malaysia.

Salah satu inisiatif AMB iaitu “Sports Nutrition Awareness Project” yang bertujuan mendidik dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan atlet murid tentang kepentingan nutrisi.

Ajinomoto (Malaysia) Berhad berpendirian tegas untuk terus mempertingkatkan amalan kelestarian, mewujudkan sifat hormat yang mendalam kepada orang ramai, masyarakat dan bumi di samping berkembang secara kukuh sebagai sebuah entiti perniagaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN