KPM, NUTP jalin kerjasama erat tingkatkan kesejahteraan guru - Fadhlina - Utusan Malaysia

KPM, NUTP jalin kerjasama erat tingkatkan kesejahteraan guru – Fadhlina

FADHLINA SIDEK.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek telah hadir ke Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Jubli Emas Penubuhan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) di Hotel Tenera, Bangi, Selangor pada Jumaat.

Majlis makan malam ini dihadiri oleh lebih 1,000 ahli NUTP dari seluruh negara. Turut hadir adalah Presiden NUTP, Aminuddin Awang dan kepemimpinan tertinggi kesatuan.

Dalam ucapan perasmian beliau, Fadhlina telah menekankan mengenai kepentingan kerjasama erat antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan NUTP untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan guru sentiasa terpelihara.

Menurutnya, KPM sedang mengusahakan beberapa perkara penting seperti memastikan inisiatif pelaksanaan tujuh langkah mengurangkan beban tugas guru berjalan di setiap institusi pendidikan dan membangunkan Indeks Kesejahteraan Guru (IKG) untuk mengatasi isu-isu yang berkait dengan kesejahteraan guru.

“Saya dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) akan turun sendiri ke sekolah bagi melihat bagaimana inisiatif tujuh langkah mengurangkan beban tugas guru dilaksanakan serta cabarannya,” katanya.

Fadhlina turut menasihatkan semua guru untuk berhati-hati dengan skim penipuan dalam talian.

“NUTP perlu memainkan peranan penting untuk memberi kesedaran kepada guru mengenai bahaya penipuan dalam talian,” ujarnya.

KPM sentiasa menyokong penuh perjuangan NUTP dalam meningkatkan profesyen keguruan dan dalam masa sama kualiti pendidikan negara.

Majlis Sambutan Jubli Emas Penubuhan NUTP akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN