“Choco Malt” terbaharu untuk rakyat Malaysia keluaran Farm Fresh

“Choco Malt” terbaharu untuk rakyat Malaysia keluaran Farm Fresh

Loi Tuan Ee dan Azmi Zainal melancarkan produk terbaharu Farm Fresh, Choco Malt, Jumaat lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Farm Fresh memperkenalkan produk terbaharu mereka, “Farm Fresh choco Malt”, minuman coklat malt yang tinggi serat fiber, tinggi protein, dan rendah gula.

Produk baharu ini pertama kali diperkenalkan secara eksklusif melalui jualan siaran langsung (live streaming) di saluran TikTok rasmi Farm Fresh pada 19 Julai dan diperkenalkan sendiri secara istimewa oleh Loi Tuan Ee, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Farm Fresh Berhad dan Azmi Zainal, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh Berhad.

Azmi ketika ditemui berkata, “Farm Fresh choco Malt merupakan alternatif terbaharu untuk rakyat Malaysia yang sukakan coklat malt, tetapi ingin mencari pengganti yang lebih sihat dan yang paling penting, dikeluarkan oleh syarikat tempatan.

“Produk ini kami pastikan penuh rasa malt dan keenakan rasa coklat, dan pada masa yang sama dikurangkan kandungan gula dan semestinya tiada maltodekstrin.

“Sebagai syarikat tempatan, kami pastikan kami memberi pilihan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia. Farm Fresh sering mengajak pengguna untuk sentiasa peka dengan bahan-bahan dalam produk makanan atau minuman yang mereka pilih kerana kami percaya kesihatan kita bergantung kepada apa yang kita makan,” katanya.

Minuman choco Malt ini merupakan produk tenusu dalam format susu tepung kedua Farm Fresh selepas mereka memperkenalkan susu tepung rumusan Farm Fresh Grow yang dibuat khusus untuk anak-anak berumur 1 hingga 6 tahun.

Susu tepung ini turut mendapat sambutan yang hangat oleh ibu bapa. Pengenalan choco Malt ini selari dengan usaha Farm Fresh untuk terus memberi rakyat Malaysia produk yang berkualiti tinggi.

Loi Tuan Ee pula berkata, “Setiap syarikat ingin membuat keuntungan, namun bagi kami di Farm Fresh, kami mementingkan etika dalam semua yang kami lakukan.”

Katanya, jika mereka ingin membuat keuntungan lebih, pasti Farm Fresh akan menambah lebih banyak gula di dalam produknya kerana harga gula yang rendah.

” Namun begitu, kami nekad untuk terus memberi yang terbaik kepada rakyat Malaysia, dengan harga yang masih berpatutan.

“Kami yakin produk choco Malt ini akan mendapat sambutan dan menjadi pilihan rakyat Malaysia,” ujarnya.

Menurut Azmi dan Loi, Farm Fresh akan terus berusaha untuk mengembangkan perniagaan tenusu merek.

Langkah itu dilakujan dengan terus memperkenalkan lebih banyak produk baharu dan menambah lebih banyak ladang dan lembu di masa akan datang dengan hasrat menjadi salah satu jenama lokal yang mampu untuk menyokong Malaysia dalam memastikan keterjaminan makanan “food security” di negara ini dan tidak bergantung dengan produk import. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN