Perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) merupakan tulang belakang ekonomi Malaysia. 97.4 peratus perusahaan di negara ini adalah PMKS yang menyumbang kepada 38 peratus Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).
PMKS memacu inovasi, mengekalkan warisan budaya, dan memupuk kemakmuran tempatan melalui penciptaan pekerjaan dan penglibatan komuniti.
Namun, PMKS, terutamanya perniagaan di luar pusat bandar, perlu menempuhi pelbagai cabaran dalam perjalanan perniagaan mereka seperti persaingan yang semakin meningkat dan kekangan sumber untuk mencapai pertumbuhan mampan.
Pendigitalan menawarkan penyelesaian efektif dalam menangani cabaran ini. E-dagang, ciri penting pendigitalan menawarkan platform kukuh buat PMKS untuk mengatasi halangan ini. Ia boleh membantu perniagaan mengurangkan kos operasi, melangkaui batasan geografi, dan membuka pangkalan pelanggan baharu.
Tambahan lagi, platform e-dagang sering menawarkan alat dan ciri perniagaan yang boleh meningkatkan penglibatan pelanggan dan memupuk kesetiaan jenama untuk mencipta pengalaman membeli-belah yang lebih interaktif dan diperibadikan. Seterusnya, dengan mengadaptasi e-dagang, PMKS boleh bersaing di pasaran dan membuka jalan untuk kejayaan jangka panjang.
Pertumbuhan Pantas Melalui Hubungan Bermakna Secara Langsung
Sebahagian besar kejayaan ZEKE Store adalah kepakaran strategik mereka dalam menggunakan Shopee Live. Ciri penstriman langsung inovatif ini mentransformasikan strategi penglibatan pelanggan mereka. Tidak lagi terbatas kepada imej produk statik, ZEKE Store kini menggunakan Shopee Live untuk mempamerkan kualiti, tekstur, dan gaya unik pakaian mereka secara langsung.
Pendekatan dinamik ini mengukuhkan hubungan dengan penonton, membolehkan interaksi dengan demonstrasi pakaian dan menjawab soalan, serta memupuk kepercayaan dan mengukuhkan hubungan berpanjangan dengan pelanggan.
“Kami bukan sekadar menjual produk kami membina hubungan bermakna dengan pelanggan melalui Shopee Live,” kata Lai Ya Long, Pengasas ZEKE Store.
Dengan mengatasi halangan pembelian dalam talian seperti ingin menguji atau merasai produk sebelum membeli, Shopee membantu ZEKE Store mencapai hasil jualan hebat dengan peningkatan 65 peratus prestasi keseluruhan kedai.
Semasa kempen 6.6 pada 2024, kejayaan mereka melonjak lebih tinggi, dengan peningkatan 85% berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
Bagi ZEKE Store, Shopee bukan sekadar platform e-dagang; ia merupakan elemen penting dalam kejayaan mereka.
Lembaran Baharu: Memanfaatkan E-dagang Sasar Pencinta Buku Seluruh Negara
Pada tahun 2020, Yong Kon Teck, pemilik kedai buku tempatan, menceburkan diri dalam dunia e-dagang atas minatnya terhadap buku dan visinya untuk mengubah landskap penjualan buku di Malaysia. Meninggalkan model kedai buku fizikal tradisional, Yong menubuhkan Funbook yang menawarkan pelbagai buku kepada pembaca seluruh negara.
Namun, peralihan ke dunia digital bukanlah tugas yang mudah. Yong, seorang penjual buku yang berpengalaman tetapi baharu dalam dunia e-dagang, menghadapi cabaran kebolehlihatan dalam talian dan kurang pengetahuan tentang pemasaran digital yang menyebabkan prestasi jualannya menjadi perlahan – kerisauan biasa buat mereka yang baru berjinak dalam dunia e-dagang. Bertekad untuk berjaya, Yong mencari rakan strategik.
Mengenalpasti keperluan untuk pendekatan berbeza, Yong mengambil keputusan bekerjasama dengan Shopee dan menggunakan alatan serta ciri perniagaan yang kukuh untuk memacu pertumbuhan. Shopee Ads menjadi faktor kritikal kejayaan Funbook.
Melalui kempen bersasar dan penggunaan strategik pengiklanan, Shopee Ads meningkatkan keterlihatan jenama Funbook secara ketara. Penggemar buku kini dengan mudah dapat menemui koleksi luas Funbook. Dalam masa setahun, Funbook mengalami peningkatan jualan sebanyak 2,789.52 peratus, menandakan titik perubahan penting dalam perjalanan perniagaan mereka.
Kini, Funbook terus berkembang, menawarkan pilihan buku yang lebih komprehensif untuk pembaca dengan bantuan rangkaian luas rakan logistik Shopee.
“Shopee merupakan platform yang telah berjaya mentransformasikan perniagaan kami. Terima kasih kepada Shopee Ads, kami memperoleh keterlihatan jenama dan kecapaian pelanggan yang kami tidak pernah peroleh sebelum ini, membolehkan kami berkembang pantas dan berhubung dengan pembaca dari seluruh Malaysia,” katanya.
Perjalanan Funbook tidaklah unik kepada mereka sahaja. Shopee membantu PMKS berkembang dalam era digital dengan menawarkan alatan, sumber, dan sokongan perniagaan.
Dari ciri penjual hingga alat pemasaran seperti Shopee Ads dan sokongan logistik bersepadu, platform ini menyediakan penyelesaian untuk perniagaan seperti Funbook untuk membina keterlihatan dalam talian, mencapai pelanggan dan berkembang secara mampan.
Pelbagai Alatan Peniagaan Kukuh Untuk PMKS Berjaya
Bagi Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, memberi keutamaan kepada pembangunan strategi dan penyelesaian untuk membantu perniagaan tempatan mengatasi cabaran telah menjadi fokus utama yang konsisten.
Dengan sentiasa berinovasi, Shopee baru-baru ini melancarkan Shopee Video, yang menyediakan pelanggan dengan video pendek bermaklumat dan menghiburkan dari pencipta kandungan. Mirip Shopee Live, ciri baharu ini membantu penjual menjana ulasan mulut ke mulut dan cadangan produk yang positif lalu membawa kesedaran dan kecapaian yang lebih besar untuk jenama dan produk mereka.
“Di Shopee, kami komited memperkukuhkan perniagaan tempatan seperti Funbook dan ZEKE Store,” kata Ming Kit Tan, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data Shopee Malaysia.
“Kami bukanlah sekadar platform, tetapi juga sebagai rakan kongsi. Kami menyediakan alatan perniagaan seperti Shopee Ads, Shopee Live, logistik bersepadu, dan ciri yang membantu mereka meningkatkan perkhidmatan pelanggan, seperti pemulangan mudah dan jaminan penghantaran.
“Kami mengendalikan teknologi supaya mereka boleh fokus mengendalikan perniagaan mereka, sama ada sama ada mengkurasi pilihan buku terbaik seperti Funbook atau mempamerkan fesyen unik seperti ZEKE Store,” katanya.
Mengutamakan Pelanggan: Pembeli Gembira, Perniagaan Maju
Buat PMKS, mengukuhkan hubungan dengan pelanggan adalah penting untuk berjaya. Shopee memahami kepentingan ini, dan baru-baru ini telah melancarkan program dan ciri bukan sahaja bertujuan mengekalkan kepuasan pelanggan tetapi juga memacu pertumbuhan penjual.
Sejak Mac 2024, Shopee telah mengembangkan polisi Ubah Fikiran, menawarkan pemulangan mudah terhadap pelbagai produk agar pelanggan mendapat ketenangan fikiran apabila membeli-belah, sambil memastikan penjual dapat mengekalkan kepuasan pelanggan dengan pemulangan pantas dan mudah.
Selain itu, proses Pemulangan dan Pengembalian Wang Shopee, yang terbaik dalam industri, dapat diproses dalam tempoh dua hari buat pembayaran melalui ShopeePay—jauh lebih cepat daripada purata tujuh hari industri.
Penghantaran cepat dan boleh dipercayai adalah sebahagian keutamaan dan komitmen Shopee dalam membawakan khidmat berkualiti dan cemerlang melalui program seperti
Penghantaran Segera, Penghantaran Hari Seterusnya, dan Jaminan Tepat Waktu. Jaminan Tepat Waktu menawarkan baucar RM5 kepada pelanggan jika pesanan tiba lewat, memberi insentif penghantaran tepat waktu dan membina kepercayaan dengan pembel;i – faktor penting untuk kejayaan setiap penjual.
Bekerjasama dengan rangkaian rakan logistik pihak ketiga (3PLs), Shopee juga melancarkan penghantaran percuma di seluruh platform mulai Julai 2024 untuk menambah nilai kepada pelanggan dan menyediakan mereka dengan pengalaman beli-belah terbaik.
“Pelanggan adalah nadi PMKS dan Shopee. Memberikan tahap perkhidmatan yang tinggi adalah keutamaan Shopee, yang pastinya turut memberi manfaat kepada penjual di platform kami, dengan meningkatkan kepuasan , kesetiaan, dan pembelian berulang pelanggan,” kata Ming Kit Tan.
Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan, Shopee membolehkan PMKS mencapai pengkalan pelanggan yang lebih luas dan mengecapi pertumbuhan mampan. Ia memanfaatkan kedua-dua penjual dan pembeli – pelanggan yang puas menjadi pelanggan setia, dan dedikasi Shopee terhadap pengalaman membeli-belah yang lancar dapat memupuk kejayaan ini. – UTUSAN