Acson Malaysia rai ulang tahun ke-40 di The Starhill, Kuala Lumpur

Acson Malaysia rai ulang tahun ke-40 di The Starhill, Kuala Lumpur

Pengarah Urusan Acson Malaysia, Yeap Kin Oun (dua kanan) menerima sijil rekod replika penyaman udara terbesar daripada Ketua Pegawai Pemasaran The Malaysia Book of Records, Jwan Heah (dua kiri) sambil disaksikan oleh Pengurus Besar Acson Malaysia, Tan Han Chua (kiri) sempena sambutan ulang tahun ke-14 Acson Malaysia di The Starhill, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jenama penyaman udara terkemuka, Acson Malaysia mengumumkan sambutan ulang tahun ke-40 syarikat itu yang diadakan di The Starhill di sini bermula kelmarin sehingga Ahad ini.

Acson Malaysia sangat teruja untuk meraikan pencapaian cemerlang mereka dalam bidang inovasi, kualiti serta kepuasan pelanggan dan sambutan itu merupakan peluang untuk mereka melihat kembali perjalanan dan komitmennya dalam memberikan yang terbaik.

Pelbagai acara menarik telah turut dirangka bagi memeriahkan lagi sambutan empat dekad yang diadakan buat julung kalinya ini seperti:

 

  • Pameran Replika Penyaman Udara Terbesar

Anda juga berpeluang menyaksikan sejarah di mana replika tersebut bakal mencatat rekod dalam The Malaysia Book of Records.

 

  • Aktiviti & Hadiah Menarik

Pengunjung boleh turut serta dalam Token Hunt Challenge yang direka khas untuk menghiburkan kalian dan memberikan ganjaran yang lumayan. Jumlah hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM60,000! Peserta akan memasuki ke dalam kolam air yang dipenuhi dengan bola dan misinya adalah untuk menangkap bola berwarna emas dengan sebanyak mungkin. 8 peserta yang mempunyai token terbanyak akan dipilih setiap hari, manakala juara pertandingan ini akan memenangi sebuah pendingin hawa Acson Inverter!

  • Tawaran Eksklusif Produk

Sempena sambutan ini, Acson Malaysia menawarkan tawaran istimewa untuk semua produk dan perkhidmatannya secara eksklusif.

🗓️ 24 Julai – 28 Julai

10 pagi – 10 malam

📍 The Starhill, Pintu Utama

Di samping meraikan pencapaian mereka, Acson juga dikenal dengan kefahaman mendalam terhadap keperluan pasaran tempatan. Mereka sentiasa berusaha untuk berinovasi dengan idea dan teknologi terkini, menyediakan penyelesaian penyaman udara yang sesuai untuk rakyat Malaysia.

Dalam masa yang terhad ini jangan lepaskan peluang untuk menyertai sambutan yang gilang-gemilang itu.

 

Jika anda berminat untuk mendapatkan minuman Tealive, anda hanya perlu bergambar dengan Replika Penyaman Udara Terbesar dan memuat naik ke IG story anda, kemudian tag @acsonmalaysia dengan hashtag #Acson40Years dan #SyiokingMalaysia.

ACSON Facebook: https://www.facebook.com/AcsonMalaysia

ACSON IG: https://www.instagram.com/acsonmalaysia/

ACSON Tiktok: https://www.tiktok.com/@acsonmalaysia

ACSON Official Website: https://www.acson.com.my/

ACSON Online Shop: https://store.acson.com.my/

*Tertakluk terma dan syarat

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN