SMK Pekan Baru rai pelajar cemerlang, guru berjasa

SMK Pekan Baru rai pelajar cemerlang, guru berjasa

TETAMU kenamaan bersama jawatankuasa dan pelajar yang diraikan dalam Majlis Apresiasi Kecemerlangan Murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekan Baru di Pulau Pinang, Jumaat lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 107 orang menerima anugerah dalam Majlis Apresiasi Kecemerlangan Murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekan Baru di Dewan Auditorium Universiti Sains Malaysia (USM) Transkrian, Pulau Pinang, Jumaat lalu.

Majlis bagi meraikan kecemerlangan pelajar dan menghargai jasa guru itu dirasmikan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Sains dan Kejuruteraan USM, Profesor Dr. Mohd. Azmier Ahmad.

Anugerah terdiri daripada Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023, Penerima Cemerlang Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA), Panitia Cemerlang dan Anugerah Khas.

B. Mahilan (tengah) bersama ibu bapanya.

Anugerah Khas Pelajar Terbaik Lelaki dirangkul oleh B. Mahilan;  Anugerah Khas Pelajar Terbaik Perempuan (R. Ragetha); Guru Ikon (Rahmah Md. Isa) dan Anugerah Khas Jasamu Dikenang (Lotfi Ismail).

R. Ragetha (tengah) dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Pelajar Terbaik Perempuan.

Majlis turut diserikan dengan persembahan tarian oleh para pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Pekan Baru dan nyanyian oleh guru muzik, Azrul Hisham Amrah.

Hadir sama ialah Pengetua SMK Pekan Baru, Abdul Wahid Shafihee; Penolong Pegawai Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Kerian, Siti Nadwah Shaari dan Yang Dipertua PIBG SMK Pekan Baru, Nor Din Abdullah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN