Pentingnya Omega-3 dalam Diet

Pentingnya pengambilan Omega-3 dalam diet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Orang dewasa dan kanak-kanak perlu mengambil dua hidangan ikan seminggu

untuk mendapatkan Omega-3 yang penting kerana tubuh kita tidak boleh menghasilkannya sendiri. 

Ikan berlemak seperti sardin, mackerel, saba dan tuna adalah pilihan terbaik untuk memenuhi keperluan ini.

 

Pilihan Bijak untuk Ibu Pintar

Ibu bijak memilih produk yang melangkaui manfaat asas. Sardin dalam Sos Tomato dan Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand™ menyediakan Omega-3, protein dan kalsium yang diperlukan. Ditangkap di lautan sejuk, ikan-ikan ini mengandungi lebih banyak Omega-3. Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand™ mengandungi tujuh kali lebih banyak Omega-3 berbanding sardin segar yang dimasak di rumah.

Pelbagai Cara Menikmati Sardin dan Mackerel Ayam Brand™

Setin 425g Sardin atau Mackerel Ayam Brand™ menyediakan separuh kandungan Omega-3 mingguan anda bersama protein dan kalsium. Mudah dan cepat disediakan untuk sarapan, makan tengah hari, makan malam atau snek, ini adalah pilihan bijak untuk ibu sibuk.

Sandwic Sardin

Sarapan – Sandwic Sardin Klasik Ayam Brand™
Sandwich Sardin Klasik Ayam Brand™ merupakan satu hidangan kemestian ketika berkelah, dalam perhimpuan keluarga, minum petang mahupun sarapan.

Kosongkan setin sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand™, asingkan sebahagian daripada sos tomato yang ada. Lecek sardin bersama bawang Holland yang dipotong dadu kecil, cili hijau yang dihiris halus, satu susu besar jus limau atau lemon dan sedikit daripada sos tomato yang diasingkan sebelum ini. Sapukan inti savuri ikan sardin tersebut di atas roti yang telah disapu mentega dan kepitkan sekeping lagi roti yang bermentega di atasnya. Jika anda ingin menambahkan rasa  serta pengambilan serat, tambah kepingan nipis timun pada bahagian inti sandwic tersebut.

Hasil: 8 sandwic yang padat dengan inti 
Masa penyediaan: 10 minit  

Pes Masak Lemak Cili Api Ayam Brand

Makan Tengah hari atau Malam: Masak Lemak Cili Padi Mackerel Ayam Brand™
Sekiranya anda memerlukan hidangan segera yang sihat dan enak serta digemari pasangan dan anak-anak, manfaatkan resipi Masak Lemak Cili Padi Mackerel ini.

Sediakan nasi terlebih dahulu, sama ada ditanak atas dapur atau dimasak menggunakan periuk nasi. Himpunkan ramuan yang terdiri daripada satu tin Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand™, satu pek pes Masak Lemak Cili Padi Ayam Brand™,  pek Santan Ayam Brand™ dan sebiji tomato yang dipotong empat.

Masukkan pes Masak Lemak Cili Padi Ayam Brand™ dalam sebuah pan, kacau sehingga naik bau. Ia biasanya mengambil masa kira-kira dua hingga tiga minit. Tambah satu atau dua cawan air mengikut kepekatan kuah yang anda gemari dan kacau sehingga sebati.

Masak hingga mendidih. Tuangkan keseluruhan pek 200ml Santan Ayam Brand™ dan biarkan kuah mendidih sambil dikacau. Kemudian, tambahkan satu tin Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand™ termasuk sos tomato enaknya. Perlahankan api dan biarkan ia mereneh. Tambah tomato yang telah dipotong dan kacau. Kini hidangan anda telah tersedia untuk dimakan bersama nasi.

Saiz hidangan: 4 hingga 6 orang  
Masa penyediaan: 5 minit
Tempoh memasak: 15 minit  

Snek bersama Cucur Sardin Rangup

Cucur sardin rangup ini adalah satu sajian sempurna pada hari hujan atau hujung minggu apabila semua orang berada di rumah dan terasa lapar.

Kosongkan satu tin besar Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand™ dalam sebuah mangkuk besar dan lenyekkan ia sehingga menjadi pes yang halus. Pecah tiga biji telur dan gaul sekata. Campur setengah sudu besar garam dan lada hitam secukup rasa ke dalam campuran tadi.

Kemudian, kaup setengah cawan tepung jagung dan setengah cawan tepung gandum serta satu cawan air. Gaul sehingga campuran sebati. Panaskan minyak dalam sebuah kuali cetek. Masukkan beberapa longgok campuran sardin ke dalam minyak yang panas. Goreng sehingga cucur berwarna keemasan.

Saiz hidangan: 4 hingga 6 orang  
Masa penyediaan: 10 minit 
Tempoh masakan : 15 minit

Cubalah rangkaian ikan dalam tin Ayam Brand™ untuk menambah nilai setiap sajian dan memenuhi keperluan dua hidangan ikan setiap hari dengan mudah. Terokai keenakan Tuna Cili, Tuna dalam Minyak Zaitun dan Tuna dalam Air Ayam Brand™ untuk sumber terbaik protein yang bersesuaian dengan kehidupan dan gaya hidup anda. 

Peraduan Beli & Menang Ayam Brand™

Pelbagai produk keluaran Ayam Brand.

Peluang memenangi hadiah menarik dengan peraduan Beli & Menang Ayam Brand™. Beli produk Ayam Brand™, Duchef atau Yumeat bernilai RM20 dan hantarkan gambar resit pembelian melalui WhatsApp ke +6018-3119980. Lawati www.ayambrand.com.my/jombelidanmenang2024 untuk maklumat lanjut.

Produk-produk Ayam brand boleh  didapati di kedai-kedai runcit berhampiran anda, termasuk rangkaian, Aeon, Aeonbig, Econsave, Giant, Hero terpilih, Jaya Grocer, Lotuss, Mydin, Village Grocer, OTK, Checkers, Matahari, NSK, Pasaraya Econjaya, Sabasun, Pantai Timor, Billion, Sunshine, Nirwana, Tunas Manja, Pasaraya Hwa Thai, Maslee, Target, CS Brothers dan Family Store. Produk Ayam Brand™  juga boleh didapati di laman Ayam Brand™ Official di Shopee dan Lazada. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN