Pelatih KTSA diberi pendedahan, minit permainan

Pelatih KTSA diberi pendedahan, minit permainan

PARA pemain bawah 12 tahun dan 10 tahun serta barisan kejurulatihan Kronos Tranung Soccer Academy (KTSA) bergambar bersama semasa menyertai Kejohanan TFFA Community Cup di Merchang, Marang, Terengganu, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBAGAI usaha berterusan memberi pendedahan dan minit permainan kepada pelatih bola sepaknya, pengurusan Kronos Tranung Soccer Academy (KTSA) menghantar dua pasukan menyertai Kejohanan TFFA Community Cup di Merchang, Marang, Terengganu, baru-baru ini.

Kedua-dua pasukan itu yang masing-masing melibatkan pelatih bawah usia 12 tahun dan 10 tahun memperoleh pengalaman dan ilmu berharga sepanjang kejohanan berkenaan selain layak sehingga peringkat separuh akhir.

KTSA bukan kelab yang dibentuk untuk menyertai pertandingan sebagai keutamaan tetapi wujud sebagai sebuah akademi yang ingin melahirkan seberapa ramai pelatih ke arah permainan lebih profesional dan berdaya saing.

Penyertaan KTSA dalam setiap kejohanan mendapat sokongan padu daripada ibu bapa dan penjaga yang tidak jemu serta sentiasa memberi sokongan kepada semua jurulatih serta pengurusannya dalam mendidik anak-anak pelatih.

KTSA komited mengembangkan bakat anak-anak dalam sukan bola sepak selain menerapkan teknik permainan yang betul kepada para pelatihnya di bawah jurulatih bertauliah dan berpengalaman.

Mereka didedahkan dengan saingan kompetitif semasa latihan dan pertandingan pada peringkat akar umbi.

Akademi bola sepak ini yang menginjak usia dua tahun penubuhannya masih membuka pendaftaran pelatih dari usia tujuh tahun hingga 16 tahun bagi musim 2024.

Ibu bapa yang berminat memberi pendedahan awal kepada asas dan kemahiran bola sepak kepada anak masing-masing dengan KTSA  boleh menghubungi Ahmad Syukri Mustafa di talian 012-9222799 untuk maklumat lanjut. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN