Pasar Raya G-Orange Gua Musang lonjak ekonomi penduduk

Pasar Raya G-Orange Gua Musang lonjak ekonomi penduduk

RAYMOND Ng (tiga dari kiri) dan Mohamed Fadzli Hassan (tiga dari kanan) memecahkan belon sebagai gimik perasmian Pasar Raya G-Orange di Bandar Utama, Gua Musang, Kelantan semalam. – UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Pembukaan cawangan ketiga pasar raya G-Orange yang menelan belanja RM30 juta di Bandar Utama di sini bakal melonjakkan ekonomi penduduk setempat dan golongan usahawan.

Pengarah Urusan G-Orange Mall, Raymond Ng berkata, pemilihan Gua Musang bertepatan kerana berada ditengah-tengah laluan menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Lumpur.

Menurutnya, melihat kepada kedudukan itu beliau optimis Pasar Raya G-Orange Gua Musang mampu menjadi hab pusat beli-belah keluarga.

“Di sini kita menyediakan pelbagai kemudahan termasuk tempat makan, tandas dan surau. Kami berhasrat menjadikan Pasar Raya G-Orange seperti kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) untuk pengunjung membeli-belah, makan, solat dan berehat seterusnya menyambung perjalanan mereka ke destinasi masing-masing,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis perasmian pembukaan Pasar Raya G-Orange di Bandar Utama di sini, semalam.

Raymond memberitahu, Pasar Raya G-Orange Gua Musang mempunyai lebih 20 gerai, kedai dan restoran selain akan melakukan lebih banyak promosi untuk memperkenalkan rangkaian pasar raya tersebut.

Raymond berkata, pihaknya merancang membuka cawangan keempat Pasar Raya G-Orange di daerah Machang dalam tempoh dua tahun lagi.

Sementara itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan mengakui ekonomi Gua Musang dirancakkan lagi dengan kewujudan Pasaraya G-Orange yang dapat menyediakan kira-kira 500 peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN