Lawatan ke Turkiye capai matlamat, beri manfaat industri pertahanan negara

Lawatan ke Turkiye capai matlamat, beri manfaat industri pertahanan negara

Mohamed Khaled Nordin selepas selesai lawatan rasmi ke Turkiye selama lima di Istanbul, Turkiye hari ini. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL (Turkiye): Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan lawatan kerja rasmi ke Turkiye sebagai berjaya mencapai matlamat, seterusnya bermanfaat kepada industri pertahanan negara.

Katanya, hasil lawatan rasmi selama lima hari itu terus mengukuhkan hubungan pertahanan antara kedua-dua negara selain meningkatkan pengetahuan delegasi Kementerian Pertahanan.

“Secara umumnya, kita berpuas hati dan terima kasih kepada semua yang telah turut terlibat bagi menjayakan program ini.

“Lawatan ini bersifat mendapatkan maklumat serta menyentuh soal pembangunan industri pertahanan termasuk meningkatkan kerjasama dalam bidang pertahanan” katanya pada sidang akhbar di sini.

Hari ini merupakan hari terakhir lawatan rasmi Mohamed Khaled ke Turkiye sejak dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada 12 Disember tahun lepas.

Dalam lawatan itu, beberapa pertemuan diadakan antaranya bersama rakan sejawat Turkiye, Yasar Guler selain bertemu agensi pelaksana industri dan sekretariat industri pertahanan Turkiye.

Pada masa sama, Mohamed Khaled juga berpelung bertemu syarikat-syarikat ternama pertahanan Turkiye seperti Turkish Aerospace Industries, Savunma Teknolojieri Muhendiskil (STM), Aselsan, dan Makine ve Kimya Endustrisi (MKI).

Mengulas lanjut, katanya, beberapa perkara dibincangkan juga banyak memberi manfaat kepada Malaysia, seterusnya mengukuhkan hubungan dua hala dan usaha membangunkan industri pertahanan negara.

“Jadi, secara rumusannya, memang satu lawatan yang sangat bermakna, bernilai dan bermanfaat untuk negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN