Dasar TVET Negara 2030: Membawa Malaysia ke arah negara maju

Dasar TVET Negara 2030: Membawa Malaysia ke arah negara maju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia berkembang pesat dan membawa kepada
kepelbagaian pendekatan yang berpotensi untuk berkembang seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara masa kini.

Dalam memastikan agenda pemerkasaan TVET negara dapat direalisasikan, pelbagai usaha dilakukan bagi mencapai matlamat untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing negara.

Disebabkan itu, ekosistem TVET negara berdepan dengan pelbagai cabaran yang memerlukan penyelarasan serta komitmen berterusan merentasi semua pemegang taruh terlibat dari aspek tadbir urus, kualiti, hubungan industri, pembiayaan serta
penjenamaan.

Khazanah Research Institute (KRI) melaporkan, wujudnya ketidakpadanan antara permintaan industri dengan kemahiran yang dimiliki
oleh graduan TVET akibat penglibatan dan kerjasama industri yang tidak menyeluruh.

Sehingga kini, tiada sebarang peruntukan undang-undang atau polisi khusus dibangunkan bagi memastikan keterlibatan industri dalam pelaksanaan TVET meliputi aspek kurikulum dan perkongsian kepakaran serta teknologi.

Bukan itu sahaja,pembiayaan TVET pula berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti input belanjawan berpusat, birokrasi,
tiada penyeragaman yuran serta kebergantungan tinggi kepada dana kerajaan.

Selain itu, sehingga kini, tiada jenama tunggal yang digunakan secara bersama dalam mempromosikan program TVET.

Menyedari hakikat ini, kerajaan telah memberikan tumpuan khusus bagi transformasi TVET secara komprehensif ke arah
melahirkan modal insan berkualiti dan berkemahiran tinggi.

Usaha ini adalah selari dengan fokus Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) dan terus diperhebat melalui agenda pemerkasaan TVET negara.

DASAR PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (TVET) NEGARA 2030

Dasar TVET Negara 2030 merupakan salah satu usaha penyelarasan pelaksanaan program TVET di Malaysia.

Dasar ini mengambil kira dasar sedia ada yang berkaitan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Pendidikan
Tinggi Nasional serta akta-akta sedia ada.

Objektif utama pembangunan Dasar TVET Negara 2030 adalah melahirkan modal insan berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan New Industrial Master Plan 2030 (NIMP 2030), National Energy Transition Roadmap (NETR),

Kajian Separuh Penggal RMK-12 dan Sustainable Development Goals (SDG). Dasar TVET Negara 2030 ini mengandungi lima teras
strategik bagi menyokong visi, misi dan objektif yang digariskan dan seterusnya menjadi asas panduan pelaksanaan program TVET.

Kesimpulannya Dasar TVET Negara 2030 akan menjadi rujukan komprehensif yang menetapkan aspirasi dan hala tuju kerajaan bagi memastikan penyelarasan pelaksanaan TVET secara holistik dapat dilakukan menjelang tahun 2030.

 

 

LEPASAN Sijil Pelajar Malaysia yang cemerlang atau tidak kini boleh memilih melanjutkan pelajaran dalam Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

INFO

» Teras A: Tadbir Urus
Komprehensif dan
Bersinergi
Persamaan, jurang dan
ketidakselarasan antara
kementerian berkaitan TVET perlu
diharmoni dan ditangani bagi
menambah baik ekosistem TVET.

» Teras B: Kualiti dan Laluan
Pendidikan Bertaraf Dunia
Laluan pendidikan yang fleksibel
mampu menyokong aspirasi
pembelajaran sepanjang hayat
sekali gus memenuhi keperluan
ekonomi dan perubahan teknologi
yang pesat.

» Teras C: Kerjasama Industri
Cekap dan Produktif
Landskap TVET secara keseluruhan
perlu responsif terhadap pasaran
pekerjaan. Justeru,penglibatan
langsung industri dalam
pelaksanaan program TVET turut
menjadi keutamaan kerajaan
mengatasi isu ketidakpadanan.

» Teras D: Pembiayaan
TVET Mampan
Pelaksanaan program TVET
memperuntukkan perbelanjaan
tinggi dalam penyediaan
infrastruktur dan keperluan latihan
termasuklah bagi peningkatan
kemahiran tenaga pengajar.

» Teras E: TVET Pilihan
Utama Kerjaya
Persepsi dan stigma negatif
bidang TVET yang sering disalah
erti sebagai pilihan kedua perlu
ditangkis untuk memastikan ia
menjadi pilihan utama kerjaya
rakyat Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN