Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024 tawar 25,000 kursus percuma

Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024 tawar 25,000 kursus percuma

Sebanyak 25,000 kursus percuma antaranya Kemahiran dan Kepimpinan Peribadi, Penggunaan Perisian Rekaan Grafik, Cara Membina Aplikasi Mobile, Pengekodan dan Robotiks, Penguasaan Wang Bijak ditawarkan sempena Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024 yang akan berlangsung dari 24 hingga 30 Jun ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 25,000 kursus dan latihan percuma ditawarkan sepanjang Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024 yang akan berlangsung dari 24 hingga 30 Jun ini.

NTW 2024 dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia melalui Human Resource Development Corporation (HRD Corp).

Latihan yang ditawarkan bagi program ini diadakan secara percuma di pelbagai lokasi melalui pelbagai mod dan platform pembelajaran.

Malah, NTW 2024 turut melibatkan beberapa nama besar seperti Petronas, Malaysia Airlines, Pos Malaysia, UMW Malaysia, PERODUA, Northport, Petrosains, Farm Fresh, Bookxcess, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Asia School of Business dan banyak lagi yang bakal memeriahkan minggu latihan percuma tersebut.

Kini di tahun kedua, HRD Corp telah menetapkan sasaran yang lebih besar untuk NTW 2024, dengan 200,000 pendaftaran, 25,000 kursus latihan percuma, dan 500 aktiviti pembelajaran. Pada 2023, NTW berjaya mencapai lebih 129,000 penyertaan lebih 21,000 kursus latihan.

Bertemakan Menginspirasikan Kecemerlangan Malaysia menerusi Pembelajaran Sepanjang Hayat, HRD Corp dan rakan strategik telah menambahbaik NTW 2024 dengan memfokuskan tawaran latihan percuma kepada lima teras iaitu kemahiran hidup, kemahiran masa depan, kreativiti dan inovasi, kemahiran kewangan, dan pembangunan mampan yang dipilih berdasarkan keperluan bakat dan industri Malaysia.

Antara kursus menarik yang ditawarkan berdasarkan teras itu termasuk Kursus Kemahiran dan Kepimpinan Peribadi, Penggunaan Perisian Rekaan Grafik tahap pemula dan perantaraan, Cara Membina Aplikasi Mobile, Pengekodan dan Robotiks, Penguasaan Wang Bijak dan Strategi Efektif untuk Kejayaan Kewangan, serta banyak lagi.

Selain itu, HRD Corp juga akan menganjurkan lebih daripada 500 aktiviti pembelajaran di seluruh negara seperti Hari Pendidikan Agrikultur di Terengganu untuk mereka yang berminat mengetahui lebih lanjut tentang pertanian bijak (smart farming) di Terengganu, Festival Belia dan Bootcamp ICT dan Robotics, di Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology di Pahang, Kursus Anyaman Kraftangan Orang AslIi di Pusat Latihan & Pembangunan Komuniti HRD Corp di Perak, dan Seminar dan Demonstrasi TVET di Institut Latihan Perindustrian di Labuan.

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut atau mengikuti kursus kursus latihan percuma ini boleh melayari laman web www.nationaltrainingweek.gov.my.

Latihan ditawarkan dengan kaedah fizikal, dalam talian dan hybrid. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN