KFC tiada dalam senarai jenama diboikot - BDS Malaysia

KFC tiada dalam senarai jenama diboikot – BDS Malaysia

Restoran makanan segera, KFC tidak pernah berada dalam produk yang diboikot oleh BDS Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan pro-Palestin, Boikot, Penjualan, Sekatan (BDS) memaklumkan rangkaian restoran makanan segera KFC tidak pernah berada dalam senarai jenama untuk diboikot.

Pengerusi BDS Malaysia, Prof. Dr. Mohd. Nazari Ismail berkata, ini kerana KFC tidak melakukan perkara yang sama seperti sebuah lagi rangkaian restoran makanan segera yang menyediakan makanan percuma kepada tentera Israel dari cawangannya di sana.

“Kami tidak pernah berkempen untuk rakyat Malaysia memboikot KFC sejak dahulu hingga sekarang,” katanya.

Rangkaian restoran tersebut menyumbang secara positif kepada ekonomi Malaysia melalui jaminan pekerjaan untuk 18,000 kakitangannya di negara ini dengan kira-kira 85 peratus daripada mereka beragama Islam.

Syarikat yang menguruskan restoran tersebut, QSR Brands (M) Holdings Bhd. sebelum ini berkata, syarikat itu akan terus menjadi antara pembayar cukai terbesar di Malaysia dan berbangga kerana dapat memberi kembali kepada masyarakat melalui KFC Add Hope dan Dana Zakat Wakalah. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN