ELMU jalin kerjasama dengan UKM, USIM dan FSSM - Utusan Malaysia

ELMU jalin kerjasama dengan UKM, USIM dan FSSM

DR. Kassim Noor Mohamed (dua dari kiri) mewakili ELMU bersalaman dengan Dr. Sharifudin yang mewakili USIM pada Majlis Menandatangani MoU di Kampus ELMU, di Bandar Enstek, Labu, Nilai di Seremban.UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Bagi memperkasakan bidang pendidikan dalam aspek penguatkuasaan undang-undang, kepimpinan, pengurusan, forensik dan juga penyelidikan, pihak Universiti Penguatkuasaan, Kepimpinan dan Pengurusan (ELMU) memeterai kerjasama dengan tiga pihak termasuk dua buah universiti semalam.

Ia menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani bersama pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Persatuan Sains Forensik Malaysia (FSSM).

Naib Canselor ELMU, Datuk Dr. Kassim Noor Mohamed berkata, menerusi kerjasama ELMU bersama UKM, kedua-dua universiti itu bersetuju untuk mengadakan kerjasama dalam pertukaran idea akademik dalam bidang pendidikan dan penyelidikan.

Sementara MoU ELMU bersama USIM pula menyaksikan kedua-dua pihak bekerjasama memantapkan kolaborasi akademik daripada segi kedayaupayaan penyelidikan, program kepimpinan dan juga dalam usaha merangka kursus profesional kangka pendek.

Dr. Kassim menambah, penerokaan cara menginovasi pengajian dan aplikasi dalam bidang sains forensik dan juga mengeratkan hubungan antara pakar-pakar forensik di dalam komuniti adalah fokus universiti dalam menjalinkan kerjasama dengan pihak FSSM.

“Melalui kerjasama ini, platform dan kemudahan dalam bidang pengajian dan penyelidikan bidang-bidang tersebut juga dapat diinovasi dan dikukuhkan lagi daripada segi ilmu pengetahuan dan keberkesanan platform sedia ada.

“Saya percaya gabungan kesemua pihak ini mampu memberikan bantuan dan sokongan yang diperlukan bagi tujuan pemerkasaan tahap ilmu pengetahuan dan kemahiran, bukan sahaja kepada warga UKM, USIM, FSSM dan ELMU, tetapi kepada pihak-pihak lain.

“Semoga semua pihak akan terus bekerjasama demi menyokong negara kita dalam usaha pemantapan ilmu pengetahuan, kemahiran dan juga dalam usaha menjalin hubungan akademik di kalangan masyarakat dan komuniti setempat,” katanya lagi.

Pada majlis yang berlangsung di Kampus ELMU di Bandar Enstek di Labu, Nilai di sini itu USIM diwakili Naib Canselornya iaitu Prof Datuk Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dan UKM UKM diwakili Timbalan Naib Canselornya, Prof. Dr. Abdul Halim Abd. Gafor selain FSSM diwakili Presiden, Datuk Dr. Yew Chong Hooi.

Dalam pada itu, turut diadakan majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) pihak ELMU bersama RAMS EduTech, yang berobjektif memantapkan platform dalam talian bagi pengajian dan pembelajaran penguatkuasaan undang-undang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya