Mahir VCTF mampu kurangkan jejak karbon pada alam sekitar

Mahir VCTF mampu kurangkan jejak karbon pada alam sekitar

vctf
Keupayaan VCTF perlu dijadikan sebahagian daripada kayu ukur kejayaan ESG (Environmental, Social and Governance).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mahir VCTF (Visual Communication Through Freehand) mampu bantu organisasi kurangkan jejak karbon pada laam sekitar. Satu kenyataan yang boleh difikirkan bersama secara serius demi menjaga kelestarian alam ini.

Selain daripada itu, keupayaan VCTF perlu dijadikan sebahagian daripada kayu ukur kejayaan ESG (Environmental, Social and Governance). 

ESG satu inisiatif yang diusahakan oleh organisasi di seluruh dunia untuk mengurangkan kesan jejak karbon kepada alam sekitar. 

Ia bertujuan mempertanggungjawabkan manusia menjaga alam sekitar dan mengurangkan impak jejak karbon secara sistematik dalam membuat sebarang keputusan. 

Langkah proaktif ini perlu diberi pujian kepada organisasi yang mengguna pakai ESG.

vctf

Manusia punca pertambahan  jejak karbon

Adakah anda tahu? Manusia adalah punca utama pertambahan jejak karbon di muka bumi ini.

 Salah satunya adalah pertambahan penggunaan tenaga elektrik. Semakin banyak tenaga elektrik diperlukan semakin banyak jejak karbon dihasil. 

Semua ini bertujuan untuk menyediakan keperluan dan kehendak manusia, maka alam sekitar jadi taruhan. 

Oleh itu penggunaan tenaga elektrik perlu efisien untuk mengurangkan penghasilan jejak karbon. 

Tiga domain penting dalam mengurangkan penghasilan jejak karbon dalam sesebuah organisasi adalah a) Manusia yang efektif, b) Proses yang efisien c) Mesin yang efisien. 

Ketiga-tiga domain ini penentu kejayaan mengurangkan jejak karbon yang dirancang. Tetapi pernahkah kita terfikir domain manakah paling kritikal yang perlu diperkasakan dahulu? 

Jawapan saya ialah domain “Manusia yang efektif”. Domain ini akan menjadikan dua domain lain secara automatik menjadi efisien. 

Proses dan penggunaan mesin yang efisien sukar berlaku tanpa manusia yang efektif.

Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi “manusia yang efektif”? 

Terdapat empat domain penting yang perlu dikuasai iaitu domain berfikir, berkomunikasi, melaksana dan qalbu. 

Keempat-empat ini perlu berfungsi untuk membolehkan manusia menjadi efektif. Bagaimana empat domain ini berfungsi untuk staf-staf dalam sesebuah organisasi? 

Salah komunikasi dan jejak karbon

Mudah sahaja jawapannya, staf-staf perlu menjalankan kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan kepada mereka dengan jayanya. Mereka harus berjaya berfikir, berkomunikasi dan melaksanakan kerja dengan cekap serta menggunakan qalbu untuk memanusiawikan segala keputusan yang dibuat.

“Salah komunikasi” (miscommunication) adalah salah satu faktor yang mengurangkan keberkesanan staf-staf di sesebuah organisasi. 

Faktor ini jarang diambil berat dan dibincangkan secara serius dalam proses meningkatkan prestasi kerja mereka. 

“Salah komunikasi” juga menyebabkan banyak perkara yang tidak diingini berlaku termasuklah pertambahan penggunaan tenaga elektrik dan kos tambahan kepada organisasi. 

Bagaimana “salah komunikasi” boleh berlaku? Kita harus jelas bahawa masyarakat abad ini adalah masyarakat visual. 

Hampir setiap keputusan yang kita buat setiap hari memerlukan kombinasi sokongan visual grafik, lisan dan teks untuk memahamkan sesuatu perkara dengan mudah dan tepat. 

Ketidakupayaan seseorang staf atau kumpulan staf untuk menggunakan komunikasi visual spontan (Visual Communication Through Freehand) menyebabkan wujudnya “salah komunikasi”. 

Topik “salah komunikasi” sangat kurang dibincangkan dalam organisasi kerana mereka tidak menyedari “salah komunikasi” boleh menjadi penyumbang utama kepada pertambahan jejak karbon dan kos tambahan (implikasi kewangan) yang tidak dirancang. 

Matematik mudah untuk menerangkan bagaimana “salah komunikasi” menjadi salah satu penyumbang utama kepada pertambahan jejak karbon. Kita gunakan simulasi senario mesyuarat dalam sesebuah organisasi. 

Fungsi mesyuarat adalah untuk menyampaikan maklumat, arahan, idea untuk sesuatu tugasan. 

Mesyuarat yang tidak efektif menyebabkan perkara-perkara yang dirancang tidak akan mencapai matlamatnya mengikut jadual. 

Oleh kerana itu, beberapa mesyuarat perlu dilaksanakan secara tidak dirancang, semata-mata untuk memastikan kesan ‘salah komunikasi’ dapat diperbetulkan kembali. 

Anda boleh membuat pengiraan kos tenaga elektrik yang diperlukan akibat senario tersebut. Anda juga pernah melalui senario yang sama di tempat kerja. 

Budaya VCTF bantu kurangkan jejak karbon

Apa usaha kita untuk mengatasi masalah ini? Pembudayaan keupayaan VCTF menjadi keperluan kepada organisasi untuk mengurangkan jejak karbon. 

Keupayaan ini memberikan kelebihan kepada setiap staf untuk berkomunikasi secara visual spontan dengan lebih efektif. Organisasi perlu membuat perancangan strategik untuk mengupayakan setiap staf dengan VCTF. 

Mereka perlu dilatih secara formal untuk pengetahuan, teknik dan aplikasi VCTF. Mereka perlu dilatih untuk menguasai keupayaaan visualisasi (Visualization Through Freehand). 

Manakala dengan memperolehi pengetahuan VCTF akan membolehkan mereka mewujudkan visual grafik mudah dan senang difahami oleh kumpulan sasar. 

Aplikasi VCTF pula akan membantu meringkaskan visual grafik untuk menjadikan penyampaian komunikasi visual spontan lebih berkesan. 

Organisasi harus memulakan langkah membudayakan VCTF dikalangan staf-staf supaya mereka boleh menyokong usaha mengurangkan jejak karbon. 

Hal ini hanya boleh berlaku jika staf-staf diberikan latihan atau kursus berkaitan VCTF secara formal. 

Selain daripada itu,  pembudayaan VCTF membolehkan inisiatif ESG dalam sesebuah organisasi akan menjadi lebih efisien. 

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kursus Visual Communication Through Freehand (VCTF) ini, boleh layari https://forms.gle/muf7sGRYzgx2uvJT6  atau scan QR code yang disediakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya