Wanita Temuan belajar buat roti, berniaga dalam talian

Wanita Temuan belajar buat roti, berniaga dalam talian

Wanita Temuan Kg Donglai, Hulu Langat belajar memasak dan berniaga secara dalam talian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Orang Asli di negara ini kebanyakannya masih lagi dibelenggu kemiskinan serta terpinggir daripada segi ekonomi dan dikategorikan sebagai miskin tegar.

Memahami kemelut itu, Cef Seriwani Nazri menganjurkan bengkel memasak pastri secara percuma khas untuk penduduk Orang Asli Temuan di Kampung Donglai, Hulu Langat, Selangor.

Bengkel memasak yang diadakan setiap Ahad di Dewan Ilmu kampung berkenaan, juga bakal mendedahkan peserta dengan perniagaan makanan kering seperti kerepek dan pastri secara dalam talian.

“Saya berharap dengan cara ini dapat membantu penduduk di sini menambah kemahiran memasak aneka pastri dan kerepek. Pada masa sama, mereka boleh memasarkan makanan yang dihasilkan secara dalam talian.

“Saya akan bantu mereka untuk terus maju dalam perniagaan kerana saya yakin pasti ada permintaan untuk makanan ringan seperti pastri dan makanan ringan lain,” katanya ditemui di Kampung Donglai, Hulu Langat baru-baru ini ketika mengajar wanita orang Asli di situ,” katanya.

Wanita Temuan Kampung Donglai belajar buat roti

Bengkel memasak selama empat jam itu sudah bermula sejak 26 Februari lalu dan diadakan secara percuma. Selain bahan memasak, peralatan seperti ketuhar gelombang mikro, dapur, kuali dan gas turut disediakan.

“Perniagaan dari rumah lebih sesuai untuk mereka kerana tidak perlu menyewa kedai dan memohon lesen perniagaan. Sekurang-kurangnya dapat ringankan beban keluarga. Tapi usaha ini tidak akan menjadi jika tiada kegigihan untuk memperbaiki kehidupan. Kita akan bimbing mereka untuk memasarkan produk yang dihasilkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya