SEORANG murid tahun satu, Mohamad Faiz Naufal Mohd. Fadil tidak menjadikan kekurangan dirinya sebagai halangan untuk memulakan hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Ketereh, Kota Bharu, Kelantan, semalam.
Meskipun perlu menggunakan alat khas untuk memudahkan pergerakan kerana mempunyai masalah di bahagian kaki, kekangan itu tidak mematahkan semangatnya untuk menuntut ilmu.
Malah riak wajah ceria dan bersemangat diperagakan Mohammad Faiz Naufal, 7, memperlihatkan kesungguhannya hadir ke sekolah. – UTUSAN