SULUNG bantu pelajar perlu bantuan 

SULUNG bantu pelajar perlu bantuan 

KASIM Mansor (kanan) beramah mesra dengan ibu bapa pelajar ketika membuat tinjauan kemasukan penuntut baharu di UMS, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 4,576 pelajar ditawarkan melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi kemasukan sesi 2022/2023 yang mendaftar pada semalam dan hari ini.

Jumlah tersebut merangkumi pelajar dari Sabah, Sarawak dan semenanjung Malaysia serta dari luar negara.

Seramai 2,480 pelajar lagi merangkumi tawaran prasiswazah UMS  terdiri daripada pelajar B40, orang kurang upaya (OKU), atlet sukan dan Orang Asli. 

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, terdapat dalam kalangan pengambilan pelajar kali ini terlibat dalam salah satu program perintis universiti, iaitu Program Pembangunan Siswa Sulung Malaysia (SULUNG) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Program ini adalah hasil cetusan idea Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad untuk membantu pelajar dari golongan B40,” katanya selepas membuat tinjauan kemasukan pelajar di universiti itu.

UMS menawarkan program SULUNG kepada 10 pelajar yang mana mereka menerima biasiswa, elaun bulanan, asrama dan pementoran sehingga mereka mendapat pekerjaan. 

Menurut Kasim, bagi pelajar yang memerlukan kelonggaran, mereka dibenarkan menangguhkan yuran kepada semester depan.

“Pelajar boleh memaklumkan kepada Bahagian Kewangan Pelajar UMS, kemudian mendaftar mengikuti pengajian dalam bidang yang ditawarkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya