300,000 murid ikuti PdP bersemuka sejak sekolah dibuka 3 Oktober - Utusan Malaysia

300,000 murid ikuti PdP bersemuka sejak sekolah dibuka 3 Oktober

RADZI Jidin ketika menghadiri Mesyuarat Menteri Kuartet Covid-19 di Parlimen.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Hampir 300,000 murid hadir bagi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka pada minggu pertama pembukaan sekolah di beberapa negeri bermula 3 Oktober lalu.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, jumlah murid itu adalah melibatkan sekolah-sekolah di negeri Fasa 2, 3 dan 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) termasuk Kelantan dan Terengganu.

“Bagaimanapun, bagi negeri Johor dan Kedah, sesi persekolahan secara bersemuka hanya bermula pada 10 Oktober lalu mengikut ketetapan bagi negeri yang terlibat dengan peralihan fasa PPN.

“Alhamdulillah, sehingga kini pengoperasian sekolah secara bersemuka dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Beliau merakamkan terima kasih kepada semua pihak, khususnya ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama serta guru yang bertungkus lumus membuat persiapan.

Radzi berkata, beliau yakin usaha untuk merapatkan kembali anak-anak dengan sistem persekolahan secara bersemuka ini terus dipermudah dan sesi dapat terus berlangsung dengan teratur dan selamat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya