[PARLIMEN] PKSK buka ruang lebih ramai calon masuk SBP - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] PKSK buka ruang lebih ramai calon masuk SBP

Selepas pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), kadar pelajar yang mendapat tempat di SBP meningkat. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) membuka lebih banyak peluang untuk calon daripada keluarga kurang berkemampuan atau B40 untuk menyambung pengajian tingkatan satu di sekolah berasrama penuh (SBP)

Menjawab soalan Dr. Maszlee Malik (Bebas-Simpang Renggam), Timbalan Menteri Pendidikan II (KPM), Datuk Mohamad Alamin menjelaskan, selepas pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), kadar pelajar yang mendapat tempat di SBP meningkat.

“Pada 2019 hanya 37.9 peratus murid yang berdaftar tingkatan satu SBP terdiri daripada keluarga B40. Peratusan tersebut menurun bagi kemasukan pada tahun 2020 iaitu hanya 36.5 peratus. Bagaimanapun, pada tahun 2021, jumlah murid B40 yang diterima masuk ke SBP telah menunjukkan peningkatan ketara iaitu pada 51.4 peratus.

“Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan ini adalah strategi KPM kenalkan kaedah permohonan secara berpusat. Melalui kaedah ini, memohon ke sekolah asrama sepenuhnya di bawah KPM boleh membuat tiga pilihan sekolah ketika memohon.

“Calon yang berjaya akan menerima satu tawaran sahaja dan ia membolehkan lebih ramai calon ditawarkan tempat ke SBP. Selain itu, KPM telah memperkenalkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) sebagai kaedah baru untuk kemasukan ke SBP untuk pengambilan tahun 2021,” jelasnya dalam persidangan Parlimen hari ini.

PKSK merangkumi tiga komponen iaitu kecerdasan insaniah sebanyak 20 peratus, kecerdasan intelektual sebanyak 70 peratus dan artikulasi penulisan sebanyak 10 peratus.

Tambahnya, secara keseluruhan PKSK adalah untuk menilai muris secara menyeluruh dengan mengenal pasti percambahan idea, tahap kreativiti, hujahan serta kecendurangan murid dalam satu bidang.

“Pendekatan ini memberi ruang dan peluang yang saksama kepada semua calon tanpa mengira latar belakang sosioekonomi mereka kerana fokus yang diberikan tidak hanya pada prestasi akademik semata-mata.

“KPM sedang mengangkat dasar yang lebih komprehensif dan menyeluruh bagi memperkukuh pendekatan pengambilan murid ke SBP dengan memberikan kepada murid yang berpotensi dalam kalangan keluarga yang kurang berkemampuan.

“Ia selaras dengan usaha KPM untuk menyediakan akses pendidikan yang berkualiti dan saksama kepada murid B40,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya