Permohonan UPUOnline pelajar lepasan SPM dilanjutkan 2 Julai - Utusan Malaysia

Permohonan UPUOnline pelajar lepasan SPM dilanjutkan 2 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tarikh tutup permohonan UPUOnline bagi kemasukan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikuti program sijil, asasi dan diploma ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dan institusi latihan kemahiran awam (ILKA) bagi sesi akademik 2021/2022 dilanjutkan sehingga 2 Julai, pukul 5 petang.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya bersetuju berhubung pelanjutan tarikh tutup tersebut dan keputusan itu membolehkan pelajar mengemas kini permohonan serta memilih program pengajian di UPUOnline. 

“KPT juga prihatin dengan kekangan masa dihadapi oleh pemohon berikutan terdapat pelajar yang belum menerima keputusan semakan semula peperiksaan SPM 2020 oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. 

“Sehubungan itu, KPT berharap keputusan ini dapat memudahkan urusan pemohonan untuk melanjutkan pengajian masing-masing,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, pemohon yang mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari portal rasmi upu.mohe.gov.my. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN