‘Kacau’ cikgu hingga tengah malam - Utusan Malaysia

‘Kacau’ cikgu hingga tengah malam

MOHAMMAD Zul Ikhwan Mohd. Baharudin menunjukkan slip keputusan SPM yang diumumkan baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kaedah pembelajaran norma baharu tanpa bersemuka membuatkan Mohammad Zul Ikhwan Mohd. Baharudin, 18, menghubungi gurunya lebih kerap untuk bertanyakan topik yang sukar.

Inisiatifnya terpaksa ‘mengganggu’ guru sehingga pukul 12 tengah malam itu membuahkan hasil apabila pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dewan Beta tersebut memperoleh 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, anak bongsu daripada enam beradik itu bersyukur dengan  keputusan diperoleh, walaupun terpaksa belajar tanpa guru dan secara pengajaran dan pembelajaran di Rumah (PdPR)

“Saya akui sepanjang PdPR agak mencabar tetapi berkat usaha serta toleransi guru-guru setiap mata pelajaran yang melayan pertanyaan saya membuahkan hasil.

“Mereka banyak berkorban masa melayan saya, walaupun kena ‘kacau’ pukul 12 tengah malam, mereka tetap membalas mesej bagi menjawab setiap permasalahan saya ajukan,” katanya.

Terkesan dengan pengorbanan frontliner berdepan Covid-19, anak kepada pekerja kilang itu merancang mahu menyambung pelajaran dalam bidang perubatan supaya dapat mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor.

Sementara itu, anak pesara kakitangan awam, Ibrahim Azid, 18, dari Kuala Krai pula bersyukur biarpun sekadar memperoleh 7A dalam keputusan SPM yang diumumkan hari ini.

Menurut Ibrahim, bagi menempuh peperiksaan penting itu, dia mengikuti PdPR di bawah bangsal di belakang rumah dengan bapa sendiri sanggup meluangkan masa menjadi ‘tutor peribadi’. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya