Hanya SPA boleh selesai siswazah perubatan menganggur - Utusan Malaysia

Hanya SPA boleh selesai siswazah perubatan menganggur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Segala keputusan berhubung pengambilan dan jumlah yang diperlukan untuk pegawai perubatan diserap ke dalam perkhidmatan terletak kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. Subramaniam Muniandy berkata, pihaknya sendiri tidak mempunyai tatacara khusus bagi membantu siswazah perubatan berkhidmat dalam sektor kesihatan kerajaan atau swasta.

Pun begitu, kata beliau, kerajaan boleh bekerjasama dengan pihak swasta untuk mencapai kata putus bagi memastikan siswazah perubatan menganggur bekerja dalam bidang yang sewajarnya.

“Beberapa faktor harus diteliti iaitu ada penyelarasan latihan perubatan antara swasta dan kerajaan. Pihak berkenaan juga perlu meneliti kekosongan jawatan di hospital-hospital swasta sebab mungkin ada peluang untuk mereka yang masih menganggur.

“Selain itu, siswazah perubatan harus diberi peluang melakukan prosedur-prosedur di hospital swasta dan selain memberikan insurans dan pampasan bagi doktor yang melatih para pelatih,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Isnin lalu, akhbar ini melaporkan, 55 peratus siswazah universiti tempatan enggan meneruskan kerjaya mereka dalam bidang profesional apabila memasuki alam pekerjaan disebabkan gaji tidak setimpal dan syarat ketat untuk mendapatkan status profesional.

Negara menghasilkan 6,000 siswazah perubatan setiap tahun merangkumi dari dalam dan luar negara yang menamatkan pengajian dan pulang ke tanah air.

Namun, Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim) menyatakan, 60 peratus atau 3,600 dalam kalangan mereka adalah siswazah perubatan bumiputera namun hanya separuh mereka berpeluang dilantik ke dalam perkhidmatan tetap selain siapa lebih layak sahaja.

Selain itu, Subramaniam berkata, pihaknya bersetuju ramai doktor lantikan kontrak setelah menamatkan pengajian dan latihan klinikal di hospital terpinggir.

Beliau difahamkan, doktor pelatihan yang akan diserap ke dalam perkhidmatan merangkumi peratusan 60 hingga 70 peratus namun hakikatnya, hanya 15 peratus daripada mereka ditawarkan skim perkhidmatan tetap dan selebihnya masih berstatus kontrak.

Malah, menurutnya, negara masih kekurangan tenaga pakar selepas mempertimbangkan ramai doktor mengeluh akibat lambakan tugas malah berhenti berkhidmat kerana tidak tahan akibat burnout.

“Jika doktor cuma diserap dalam skim kontrak, bagaimanakah mereka menjalani latihan kepakaran pada masa akan datang?Sistem 3+2 (kontrak dan latihan klinikal) sememangnya tidak cukup. Bagaimana kita dapat memupuk doktor menjalani latihan kepakaran peluang pekerjaan tidak jelas?

“Walaupun diberitahu bahawa keras kerja untuk sistem lanjutan kontrak adalah dalam proses, sudah lebih setahun para doktor menunggu keputusan daripada kerajaan,” katanya. – UTUSAN ONINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN