UTM, Unhas kerjasama penyelidikan komuniti - Utusan Malaysia

UTM, Unhas kerjasama penyelidikan komuniti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memperkukuh jalinan kerjasama akademik dan penyelidikan dengan Universitas Hasanuddin (Unhas), Indonesia selepas menandatangani satu perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU).

Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail berkata, objektif utama MoU itu adalah kedua-dua institusi bersetuju bekerjasama dan menggalakkan lagi kerjasama dalam bidang penyelidikan komuniti.

Katanya, melalui MoU berkenaan, kedua-dua universiti juga bersetuju mengembangkan kerjasama kurikulum dan pertukaran penerbitan ilmiah serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama yang tertakluk kepada persetujuan kedua-dua pihak.

“MoU ini membantu menjalinkan ikatan dengan salah satu institusi penting di peringkat antarabangsa bagi meningkatkan imej UTM di seluruh Malaysia dan serantau.

“Melalui MoU itu juga, kedua-dua universiti memberi keutamaan kepada para pensyarah di UTM dan Unhas melanjutkan pengajian pascasiswazah di universiti masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Terdahulu Ahmad Fauzi menandatangani MoU bagi pihak UTM manakala UNHAS diwakili Rektornya, Prof. Dr. Dwia Aries Tina Pulubuhu, M.A di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Canselori Sultan Ismail (BCSI), UTM.

Sebelum ini, kedua-dua universiti tersebut pernah menandatangani MoU pada 16 September 2010 selama lima tahun.

Ekoran kerjasama baik yang terjalin, UTM dan UNHAS ingin memperluas dan menyambung persefahaman tersebut untuk tempoh lima tahun akan datang.

Ahmad Fauzi berkata, kerjasama itu turut melibatkan pertukaran kakitangan merangkumi lawatan sambil belajar, menjalankan penyelidikan, mengawasi projek pelajar, penambahan staf untuk peningkatan dan penyelidikan, menghadiri seminar, kolokium dan perbincangan akademik. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya