HANIF memandu penuh tenang dan berhati-hati. Sesekali matanya liar meninjau ke kiri kanan jalan seolah-olah mencari sesuatu. “Dekat manalah rumah si Akob ini, pening pula hendak mencari malam-malam buta macam ini,” ngomelnya perlahan. Dia mengeluarkan sebatang rokok lalu mencucuhnya. Perlahan-lahan dihembusnya asap ke arah tingkap yang terbuka luas. Sambil memandu dia bersiul perlahan-lahan mengikut alunan muzik yang terpasang dalam kenderaan. Jam menunjukkan hampir pukul 11 malam. Persekitaran cukup gelap dan sunyi selain bunyi unggas dan cengkerik yang melatari suasana malam. Maklumlah di kawasan kampung terpencil begitu memang tidak banyak kenderaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya