Cuaca di luar semakin gelap, Kamal yang sejak tadi khusyuk bekerja, lantas meninjau ke luar tingkap. Dia bergegas mengemas meja dan mematikan komputer. Setelah menutup suis di dinding terus dia capai beg dan melangkah menuruni tangga ke arah keretanya yang terletak di aras bawah bangunan. Dia mengeluh dalam hati. Kalaulah dia tahu semua rakannya sudah pulang pastinya dia tak tunggu sehingga lewat begini. Itulah padahnya jika terlalu asyik menyiapkan kerja sehinggakan tidak sedar apa yang berlaku sekeliling. Malam itu dia sudah berjanji akan pulang ke rumah orang tuanya di Segamat.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya