Album/EP Terbaik 2023 Pilihan Rondivu - Utusan Malaysia

Album/EP Terbaik 2023 Pilihan Rondivu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

1. 暮想家 (Night Thinker) oleh Math Class

Tanpa hebahan melata dalam media-media, tanpa nombor menggoda di platform penstriman, album sulung Math Class mengungguli senarai ini kerana kesegaran dan kualitinya. Setiap kali mendengar mana-mana lagu, saya tersalah anggap yang saya sedang mendengar artis antarabangsa.

Trek utama: 我快忘了 (WKWL), nil., Monday Blues

2. DI SIMPANG TIGA oleh Johny Comes Lately

Johny Comes Lately memberikan nafas segar buat ska punk Malaysia, baik dari segi komposisi lagu, penulisan lirik mahupun sikap bermuzik. Tahun ini, baris lirik terbaik pilihan saya ialah “kelemahan aku menghiburkan busuk hatimu”.

Trek utama: Kemenangan Sebenar, Jatuh Sakit, Jerat

3. EP oleh Note/Void

Note/Void memilih untuk jadi berbeza dalam banyak hal tetapi yang paling menyerlah pastilah bentuk muzik yang mereka bawa. EP menjadi pengenalan yang baik buat mereka, grand entrance setaraf Gina Linetti.

Trek utama: F.R.G.S, Jangan Bergerak, Bak Sini I.C !!! – PoPo, (???)

4. Sulung oleh – Seru.

Sebagai unit post-rock yang relatif baharu, – Seru. membawakan pengalaman berbeza kepada pendengar dengan eksperimen mereka terhadap bunyian tradisional Nusantara dan puisi. Kita tenggelam, terhayun dan terapung mendengar setiap trek dalam Sulung.

Trek utama: Urna, Arungan, Sambung Nyawa

5. MEMENTO MORI oleh B-Heart

Dalam MEMENTO MORI, B-Heart mengajarkan kita tentang menjadi tradisionalis yang moden dan canggih. Alter ego yang angkuh berisi menjadikan album ini istimewa. Tanpa lancang lancung, tanpa lucah, tanpa dadah; hip hop tetap boleh tampil cemerlang.

Trek utama: Seniman, RUN, REINTRO

6. A Reverse Farewell oleh Piet Onthel

Kita diberi masa 12 minit 4 saat untuk menghadam lapan lagu dalam album ini. Yang ganas, yang emosi, yang jerit-jerit semua diisi padat. Satu hal tentang terbitan screamo – kalau ia berjaya membolak-balikkan emosi dan fikiran dengan sekali dengar, maka ia baik.

Trek utama: Empat.thetic, Body Rank, Corroded Camaraderie

7. Untuk Kau oleh FLQ

FLQ tidak mengecewakan dalam album sulungnya secara solo. Segala pengalaman yang dikumpul selama ini ditumpahkan sebaiknya untuk menghasilkan himpunan lagu yang segar dan sedap didengar. Barisan jemputan dalam album ini juga banyak membantu.

Trek utama: Tentang Tenang, Penagih, Tiada Hawa

8. GM oleh Golden Mammoth

Mereka diam kemudian menggegar. Masih Golden Mammoth yang sama tetapi terbitan kali ini lebih nakal dan rencam. Mereka meneroka pelbagai bunyian dalam acuan Golden Mammoth. Pakej keseluruhan album ini juga lebih bergaya dan menarik.

Trek utama: Apologetick, Places, If Only

9. It’s All Good – Alextbh

Kalau perhatian yang lebih diberikan kepada bakat seperti Alextbh, kita akan sedar yang pasaran pop Malaysia sangat rencam dan berkualiti; bukan sekadar lagu pop balada yang dilantun muka-muka lazim AJL. Album ini mengangkat potensi Alextbh ke tahap antarabangsa.

Trek utama: Heaven’s Gate, Her, A Hundred Lives

10. Masih Yuna – Yuna

Bukanlah karya terbaik Yuna tetapi Masih Yuna membuktikan dia relevan di mana-mana. Malah, untuk tidak terus menambat hati rakyat Malaysia dengan formula akustik pop-folk atau balada kegilaan massa juga harus dipuji. Yuna balik kampung membawa idea-idea segar – bagus!

Trek utama: Menanti, Masih Sunyi, Camaraderie

11. JSM – Jemson

Pada usia Myo dan Najmi bermuzik, mereka masih boleh menambah baik kematangan. Ia bukan mudah. JSM bawa Jemson ke platform baharu yang lebih tinggi. Ini satu lagi sebab kenapa kita perlu serius mendengar Jemson, mereka antara kugiran terbaik tempatan ketika ini.

Trek utama: BLAH!, JSM, OK

(Jemson belum memuat naik semua lagu dari album JSM ke platform digital. Kalau mahu dengar keseluruhan album, beli terbitan fizikal mereka di sini.)

12. HEAVY ROTATION – Sweetass

Melalui HEAVY ROTATION, Sweetass membuktikan mereka bukan sekadar popular, malah mampu membawa kesegaran dalam pasaran grunge. Kita sudah ada ikon grunge baharu. Sikap nakal-tak-peduli-apa-orang-kata yang dibawa terpancar dalam lagu-lagu, menyebabkan kita mendengar album mereka seperti sedang menonton persembahan langsung.

Trek utama: Dosa Bersama, Celaka, Crop Top

PILIHAN KEHORMAT

Murderous Eyes - The Death of Iris - Spiral Kinetic Circus
anteseden - motherwit
Arakian - MIM
Menjadi Manusia - Abjad Aksara
Sentiments Impulse - Defoulters
NASYIDCORE - Pasca Sini
THANKS 4 THE WAIT - ForceParkBois
black hole tabernacle - Lurkgurl
NOIR - Rudeen
Not Dead, Just Asleep - Porcelane
Rotten Fantasy - Smesta
Handle With Care - Merakki
PROFESSIONAL OVERTHINKER - ChronicalZ
DOMINION - Plague of Happiness
Bangun Tidur Di Rumah Agam - Sabbala
NISBAH SINEMATIK RESOLUSI PENUH - Sxph
Exile Resistance - Pressureside
4 Cara Untuk Berpisah - Okirama
Nadarasa - Nadarasa
Satria - W/SH
Selamat Pulang - Syiqin Azln
A.R - Aisha Retno
Happy & Sad - AMIR ALIF
DARI BLOK KE BINTANG - Quai
Darsana - Budak Nakal Hujung Simpang
Transisi - Prasasti
Unworthy Desire - Unseen
Tanjong Bintang in D Major - Hacktick!
dream - judos
This Is Afterglow - Heavside

– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya