INI temu bual paling awal pernah saya buat. Dua minit selepas azan Subuh berkumandang, mesej daripada Mohd. Jayzuan masuk. Kira-kira sejam selepas itu, dia sampai di hotel tempat saya bermalam lalu kami meneroka pekan Ipoh mencari sarapan pagi. Jayzuan terus menjadi Jayzuan. Mulutnya sukar berhenti bercakap. Sepanjang perjalanan saya sudah disogok pelbagai cerita. Namun, seperti ada yang tidak beres pada dirinya. Ada yang mengganggu. “Mungkin kau boleh mula artikel kau macam ini: Jayzuan yang sepatutnya berada di Copenhagen ketika ini…,” cadangnya. Itu rupanya yang di dalam kepalanya sejak tadi. Jika…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya