Iqbal, sudah-sudahlah

Iqbal, sudah-sudahlah

Iqbal Zulkefli
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

POKLIP tidak mempunyai masalah peribadi dengan selebriti media sosial ini. Kenal pun tidak, jadi Poklip sebolehnya tidak mahu menyentuh isu peribadi atau pun sikapnya. Cuma apa yang boleh ditegur, kita tegur.

Kita semua nampak kesungguhan Iqbal dalam membuktikan bakat dan kemampuannya. Mungkin dari segi nyanyian, dia menerima kritikanyang cukup pedih. Sekarang diamahu mencuba bidang lakonan pula.

Okey, tak mengapa jika anda mahu mencuba pelbagai cabang seni. Minat itu kita ambil kira. Tetapi jangan memperjudikan nama serta minat itu semata-mata demi populariti. Jangan cipta publisiti murahan. Cukup-cukuplah.

Mungkin ramai yang mahu lihat anda berjaya. Tetapi bukan dengan cara mencipta kontroversi demi kontroversi yang akhirnya membuatkan orang
bertambah meluat. Lihat sahajakomen di media sosial.

Bukan tidak ada yang menyokong, ada. Tetapi mereka juga seperti saya, mahu melihat Iqbal membuktikan minat dan
rasa cinta terhadap seni. Buktikan anda boleh! Bukan sekadar bersandarkan gimik.

Sudah-sudahlah mencipta cerita yang boleh buat orang baca jadi menyampah. Kita mahu memberi sokongan tetapi bukan dengan cara
kecaman. Berdirilah di atas bakat sendiri, jangan kejar sangat populariti.

Percayalah, glamor dan kejayaan akan datang jika Iqbal berusaha untuk belajar menyanyi dan berlakon.
Jangan ikutkan sangat cara dan gimik orang lain. Sampai bila mahu digelakkan orang?

Poklip percaya Iqbal akan mengambil teguran ini dengan hati terbuka. Terimalah ini sebagai nasihat, bukan berniat jahat. Kalau
tak serius, lebih baik angkat kaki. Fokus business sahaja okey Iqbal?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya