MENU yang ringkas. Ikan ‘bakar bodo’ bersama sambal belacan dicampur kicap dan perahan asam limau, menampilkan Kedai Ikan Bakar Sungai Puyu, di Pasir Puteh, Kelantan sohor dalam kalangan penggemarnya. Pengusahanya, Mohamad Hasnan Mat Roni, 37, berkata, kedainya lebih dikenali dengan nama ‘Ikan Bakar Bodo’, merujuk kepada cara masakan yang minimalis — ikan hanya dipanggang kosong tanpa perapan, menonjolkan rasa asli dan manis isi ikan segar. Menurutnya, konsep ini ternyata mendapat sambutan hangat daripada pengunjung yang mahukan kelainan sejak mula beroperasi pada Oktober tahun lalu. “Modal awal sebanyak RM3,900, lebih berpaksikan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya