BERKONSEPKAN minimalis namun tetap menampilkan gaya kontemporari, Kafe Santai Le’ Fleur yang terletak di Taman Canning, Ipoh, Perak sememangnya cukup sesuai bagi yang inginkan ketenangan serta suasana santai bersama rakan, kenalan atau keluarga. Suasana tenang pasti dirasai pelanggan sebaik sahaja memasuki kafe yang mula beroperasi pada 1 Ogos tahun lalu ini. Reka bentuk, susunan meja dan kerusi makan memikat pelanggan selain harga makanan dan minuman yang berpatutan membolehkan semua golongan dapat menikmatinya dengan selesa. Pengurus kafe, Zalinda Mohd. Noor berkata, konsep kafe ini lebih kepada life style (gaya hidup)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya