Rai makan besar Tahun Baru Cina di Mardhiyyah Hotel & Suites

Rai kemakmuran, makan besar Tahun Baru Cina di Mardhiyyah Hotel & Suites

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIDAK lama lagi kaum Cina dan seluruh negara meraikan Tahun Baharu Cina, namun, getarannya kini terasa walhal kita baru sahaja menyambut Tahun Baharu 2025. Menjadi persoalan apakah tempat makanan yang sesuai untuk dikunjungi sempena perayaan itu?

Hotel patuh syariah bertaraf lima bintang, Mardhiyyah Hotel & Suites membuka pintu kepada semua orang datang ke Tung Yuen Chinese Restaurant di hotel ini untuk mencuba pakej makanan baharu sempena tahun zodiak ular.

Mardhiyyah Hotel & Suites merupakan hotel mesra Muslim terletak di tengah Shah Alam dan diperakui oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan melalui Pusat Pelancongan Islam (ITC) sebagai penginapan Mesra-Muslim (MFAR) dalam kategori Platinum.

Saya hadir dalam sesi pratonton pakej makanan Tahun Baru Cina yang terdiri daripada empat jenis pakej iaitu Yee Sang Vegetarian Istimewa, Colorful Jelly Fish Yee Sang, Lucky Salmon Fish Yee Sang dan Prosperity Abalone Yee Sang.

Chef, Patrick Ng, menghidangkan set makanan Pre Chinese New Year Appreciation iaitu Lucky Salmon Fish Yee Sang, Double Boiled Chicken Soup dengan Mushroom, Cordyceps Flower dan Black Garlic, Braised Dried Seafood Thick Soup dengan Crab Roll dan Dried Fish Maw.

Turut disediakan Thai Mango Shredded Chicken Meat dan Roasted Chicken, Steamed Red Garoupa dengan Roast Golden Garlic dan Abalone Sauce dan Baked White Shell Prawn dengan Spicy Roasted Sesame Paste.

Tawaran set makanan ini bermula 6 Januari lalu hingga 27 Januari ini mengikut pakej harga ditetapkan.

Pada waktu malam Tahun Baru Cina pada 28 Januari ini, Chef Patrick akan menghidangkan Lucky Salmon Fish Yee Sang, Double Boiled Kampung Chicken Soup, Assorted Dried Seafood, Steamed.

Red Garoupa dengan Wood Ear Fungus ‘Kampung’ Style, Braised Baby Abalone, Fish Maw dengan Shimenji Mushroom dan Broccoli, Spice Duo Garlic Baked Fresh Water Prawn.

Orang ramai juga berpeluang menikmati set Chinese New Year Prosperity bermula 29 Januari hingga 28 Februari ini yang menawarkan empat set menu dengan harga berbeza. Set ini amat sesuai untuk majlis anjuran keluarga dan syarikat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya