Walaupun baru sahaja dibuka sejak setahun lalu, kedai makan Ciksu Asam Pedas Johor pantas menambat selera peminat masakan asam pedas khususnya di sekitar kawasan Nilai, Seremban. Tampil dengan pelbagai lauk masakan asam pedas seperti ikan merah, jenahak, pari dan daging tetel yang menyelerakan dan disediakan ‘panas-panas’, tidak hairanlah pelanggan sanggup beratur panjang khususnya pada waktu tengah hari di kedai berkenaan yang beroperasi di Taman Semarak, Nilai. Menurut pemiliknya, Norrafinee Mohd. Rodi, 43, dia tampil mengetengahkan menu asam pedas kerana tidak banyak pengusaha kedai makan yang menjualnya sebagai menu utama di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya