Cita rasa asli Indonesia di Restoran Betawi

Cita rasa asli Indonesia di Restoran Betawi

NOR Hafiz bersama sebahagian hidangan yang terdapat di Restoran Betawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUDAH banyak restoran yang menjual menu berasaskan makanan dari Indonesia di ibu negara. Malah, nama-nama seperti ayam gepuk, bakso dan gado-gado sudah menjadi sinonim dan berada dalam senarai makanan kegemaran rakyat di negara ini.

Bagaimanapun, sejauh mana penggemar makanan dari seberang ini betul-betul dapat menikmati keaslian dan rasa sebenar menu Indonesia?

Di Restoran Betawi, pengunjung tidak perlu bimbang seandainya mengidam untuk mencuba pelbagai makanan dari negara berkenaan.

Antara yang wajib dicuba semes­tinya nasi bakul iga bakar. Nasi putih yang dile­takkan di atasnya bersama tulang rusuk lembu mempunyai rasa seakan-akan menu masak kicap, namun dengan rasa tersendiri.

Apatah lagi diletakkan bersama sambal di atas daging berkenaan.Olahan rasa pastinya berbeza lebih-lebih lagi daging turut dimasak dengan menggunakan beberapa jenis rempah lain.

Malah, nasi bakul iga bakar ini juga menggugat selera sesiapa saja apabila kicap dijadikan sebahagian bahan utama bercampur dengan cili dan dimasak bersama daging tersebut.

Harga untuk menu ini adalah RM80 dan boleh dimakan antara dua hingga tiga orang. Ada baik sekiranya nasi bakul iga bakar digandingkan bersama java lamb shank yang rasanya seakan-akan masak lemak tetapi dengan kuah lebih pekat.Potongan daging bahagian kaki ini mempunyai otot pejal dengan rasa berjus serta tidak pedas.

 

Sekiranya pengunjung tidak mahu menu berasakan daging, anda boleh mencuba ayam bakar kalasan iaitu ayam yang dipanggang dengan cita rasa tradisi Indonesia. Ia diperap dengan pelbagai bahan seperti serai, lengkuas, gula merah, bawang merah, bawang putih dan beberapa bahan lain.

Harga untuk menu ini adalah RM50 dan sesuai dinikmati untuk tiga hingga empat orang. Sementara itu, bagi mereka yang mahu mencuba hidangan berasaskan makanan laut boleh memesan udang ringan cabe ijo.

Udang yang digoreng rangup bersama adunan cili hijau dan daun bawang ini pasti membuatkan sesiapa sahaja ketagih, apatah lagi dimakan bersama sambal korek iaitu sambal tumis.

 

 

 

Udang berharga RM17 ini bukan sahaja sedap dimakan bersama nasi, ia juga boleh dimakan begitu saja dengan menjadikan ia sebagai kudapan makan malam.

 

Restoran Betawi
Lokasi: 31, Jalan Tun Mohd. Fuad 3, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur
Operasi: 11.30 pagi hingga 3 petang (siang) 6.30 petang – 11 malam
Makanan popular: Nasi bakul iga bakar dan java lamb shank

 

Selain itu, pengunjung juga wajib mencuba soto Betawi yang berharga RM30 dan terong sambal ijo ikan teri (RM17).

Dalam pada itu Ketua Krew Nor Hafiza berkata, restoran tersebut yang baru beroperasi lebih empat bulan lalu sememangnya dipengaruhi beberapa tempat di Indonesia.

“Sebagai contoh nasi bakul iga bakar yang merupakan menu jalanan atau street food di Jakarta. Begitu juga dengan menu ayam bakar kalasan yang datangnya dari Jawa. Kita mahu mempelbagaikan menu-menu dari negara berkenaan dengan tidak tertumpu pada satu-satu wilayah sahaja, ” jelasnya.

Tambah Nor Hafiza, Restoran berkenaan dibuka dua sesi iaitu dari pukul 11.30 pagi sehingga pukul 3 petang manakala untuk sesi malam dibuka dari pukul 6.30 sehingga pukul 11 malam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya