Warga Kuantan tidak perlu lagi ke hotel untuk menikmati juadah sarapan ala Barat, sebaliknya anda boleh menikmatinya setiap hari hanya di tepi jalan sahaja. Terletak berhampiran taman perumahan Sungai Karang Damai, terdapat sebuah warung kecil yang menyajikan juadah sarapan pagi Inggeris atau English Breakfast pada harga marhaen. Diusahakan pasangan suami isteri, Syed Jamidin Syed Husin, 52 dan Suhini Saidin, 50, warung yang dikenali sebagai Warung English Breakfast & Western itu mula dibuka sejak sekitar tiga bulan lalu. Bercerita lanjut Syed Jamidin berkata, warung berkenaan dibuka sebagai mengisi masa lapang selain…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya