Satu-satunya restoran yang menyajikan menu berasaskan kambing, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang kini mendapat sambutan ramai pada musim cuti sekolah ini. Bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), House of Kambing, berkonsepkan restoran di tepi padang ragut, yang membolehkan pengunjung menikmati pemandangan ala perkampungan. Antara menu istimewa iaitu kambing bakar perap kicap, menjadi pilihan utama pelanggan. Menurut pemilik restoran ini, Dr. Mohmad Mustafa, menu pilihan ramai itu diilhamkan daripada sebuah restoran Indonesia yang dikunjunginya sebelum ini, yang menyajikan kambing masak kicap berlada hitam. Katanya, walaupun restoran Indonesia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya