KEBANYAKAN kafe hipster atau Instagrammable cafe kebiasaan menyediakan pelbagai menu menarik dengan dekorasi kedai berkonsepkan gaya sama ada urban, Inggeris, retro moden mahu pun tradisional. Antara sajian yang selalunya ditawarkan kepada pengunjung kafe hipster ini adalah meliputi minuman panas seperti coklat atau kopi manakala makanan pula lebih kepada ala Barat bersama pemanis mulut antaranya waffle, croissant, kek, dan pelbagai lagi. Bagaimanapun, Hyroop Cafe yang beroperasi di Bangunan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) Jejawi, di Perlis menampilkan kelainan dengan turut menawarkan sajian hidangan panas buat pelanggan sekaligus memberi lebih pilihan kepada mereka.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya