Sinar Koffee bermula dengan sebuah idea

Sinar Koffee bermula dengan sebuah idea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBAIK sahaja memasuki ruang dalaman Sinar Koffee, aroma kopi yang sedang dikisar memenuhi segenap ruang kafe yang berkonsepkan pop culture itu.

Terletak di tengah-tengah pusat bandar di Jalan Dinding, George Town, Pulau Pinang, Sinar Koffee mula meraih perhatian dalam kalangan peminat kopi terutama dark roast coffee yang dikisar sendiri.

Sinar Koffee yang diusahakan oleh dua rakan Nur Rahman Johari, 29 dan Anis Izzati Che Anuar, 23, mula menemui peminat kopi serta pancake sejak Mac tahun lalu.

PANCAKE freshly fruits yang menjadi antara hidangan kegemaran pelanggan di Sinar Koffee, George Town, Pulau Pinang.

Menurut Anis Izzati, segala-galanya tentang Sinar Koffee bermula dengan minat mereka berdua terhadap kopi dan pancake selari dengan tagline kafe tersebut iaitu : Sinar Koffee – It Started With An Idea.

‘’Sebelum mengusahakan Sinar Koffee di kafe sendiri yang terletak di Jalan Dinding, George Town, kami berniaga pancake dengan berkongsi trak bersama rakan di sekitar jambatan kedua di Batu Maung pada 2022.

‘’Kemudian kami berpindah lokasi perniagaan di depan Fort Cornwallis dan kami memperoleh tempat sesuai untuk memulakan Sinar Koffee di sebuah kedai comel di Jalan Dinding.

“Selepas beroperasi sejak Mac lalu, kami bersyukur kerana Sinar Koffee semakin dikenali ramai terutama dalam kalangan peminat kopi dan pancake,” katanya ketika ditemui di Sinar Koffee baru-baru ini.

Anis Izzati berkata, resipi kopi dan pancake itu diolah sendiri hasil percubaan demi percubaan rakan kongsinya iaitu Nur Rahman yang sememangnya adalah peminat kopi dan pancake.

‘’Resipi kopi dan pancake kami dicuba berkali-kali sehingga kami berpuas hati dengan rasanya, selepas itu barulah kami perkenalkan kepada pelanggan.

“Secara keseluruhannya kami mempunyai sembilan jenis pancake dan lebih 10 jenis kopi antaranya long black, espresso, latte, capuccino, mocha dan lain-lain.

“Selain kopi, kami turut menjual pelbagai jenis minuman lain yang bukan kopi seperti coklat, matcha dan milkshakes,” katanya.

Tambahnya, setakat ini kopi yang menjadi pilihan pelanggan dan merupakan ‘signature coffee’ di kafe itu adalah sinar latte dan buttercreme latte.
‘ ini diolah sendiri oleh Nur Rahman sehingga rasa kopi ini sempurna, ‘foam’ di atas kopi ini juga mempunyai rasa tersendiri.

“Sinar latte ini apabila diminum ia memberikan kepuasan kepada peminat kopi kerana gabungan rasa dark coffee dan foam yang tersendiri,” katanya.

Anis Izzati yang masih bergelar pelajar ijazah sarjana muda dalam bidang bahasa di Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, bagi pancake pula antara yang paling diminati pelanggan adalah more smores dan freshly fruits di mana kedua-dua resipi ini sering menjadi pilihan pelanggan.

‘’Pancakes kami juga diolah dengan resipi sendiri, kami berkali-kali mencuba sehingga mendapat adunan tepung yang sesuai iaitu rasa pancake yang ranggup dan lembut,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, selain kopi dan pancake yang menjadi signature produk di Sinar Koffee, mereka turut menjual makanan lain seperti English Breakfast, Sinar Bowl, Sinar Toast, Sinar Sandwish, French Tost dan lain-lain.

‘’Setakat ini sambutan peminat kopi amat menggalakkan, kami juga mempunyai pelanggan tetap yang akan datang ke kafe setiap hari untuk menikmati kopi kami.

‘’Kami juga bersyukur kerana rakan-rakan pemilik kafe lain di sekitar pusat bandar turut memberi sokongan kerana mereka turut mempromosi kafe kami di media sosial mereka seperti di Instagram dan Tiktok dan lain-lain,” katanya. -UTUSAN

Sinar Koffee
LOKASI:
Pusat bandar di Jalan Dinding, George Town, Pulau Pinang
MINUMAN LAKU KERAS: Sinar latte dan
Buttercreme latte.
MAKANAN:
Pancake Smores
WAKTU OPERASI:
10 pagi hingga 10 malam

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya