100 jenis pastri dan kek di Flour Crown - Utusan Malaysia

100 jenis pastri dan kek di Flour Crown

Wan Aifaa Shafia Wan Mohd. Sofi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEJAK kebelakangan ini, tular di sana sini Cromboloni iaitu pastri gulung yang tiba-tiba mendadak menjadi buruan penggemar pencuci mulut di merata tempat termasuk di Kedah.
Cromboloni kegemaran ramai itu adalah sejenis pastri gabungan croissant dengan bomboloni iaitu donut tanpa lubang berintikan pelbagai perisa. Sesuatu menarik tentang Cromboloni yang dipercayai berasal dari Perancis ini adalah penggemarnya dapat merasakan pastri yang ranggup di luar dan lembut di dalam seperti croissant, di samping topping yang pelbagai di bahagian luarnya.
Bercakap tentang Cromboloni ini, kafe dan kedai bakeri Flour Crown di Jitra, Kubang Pasu menyediakan pelbagai pilihan topping termasuk kacang pistachio, Biscoff dan coklat.
Sesuatu yang pasti, pastri ini memang ‘naik daun’ sehingga pemilik Flour Crown terpaksa mengehadkan pembelian seorang pelanggan sebiji sahaja Cromboloni memandangkan pastri itu hanya mampu dihasilkan cuma 50 biji sekali kerana pembuatannya agak rumit.
Bukan sekadar Cromboloni, menu yang ditawarkan di Flour Crown juga beragam yang bersesuaian dengan konsepnya iaitu kafe dan kedai bakeri.

Terdapat lebih 100 pastri dan kek premium di sini daripada croissant, cinnamon roll, strudel, pavlova dan puff berkrim.
Di sisi kafe, Flour Crown turut menyediakan pelbagai menu dari Itali dan Perancis seperti pasta, pai, burger dan minuman termasuk kopi premium untuk dinikmati secara bersantai di situ.
Menurut pemilik Flour Crown, Wan Aifaa Shafia Wan Mohd. Sofi, 28, walaupun kafe dan kedai bakeri tersebut baru beroperasi sejak beberapa bulan lepas namun sudah menjadi premis kegemaran ramai untuk mendapatkan pastri atau kek bertaraf premium.
“Dulu kami buka kedai bakeri saja sejak 2019 di kawasan berdekatan sebelum berpindah ke Taman Mahsuri ini. Daripada pastri dan kek sekarang kami turut menyediakan pelbagai menu.
“Semua pastri dan kek dihasilkan sendiri di Flour Crown termasuk croissant dan cromboloni menggunakan resipi sendiri. Flour Crown pernah menghasilkan cromboloni sebelum ia tular namun sejak kebelakangan ini pastri ini kembali menjadi buruan sehingga kami tidak menang tangan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Selain itu, Flour Crown turut mempunyai cef sendiri bagi penyediaan makanan panas termasuk pasta.
“Kami mempelbagaikan pilihan kepada pelanggan selain mereka membeli dan membawa pulang kek serta pastri Flour Crown,” ujarnya yang berpengalaman hampir 10 tahun dalam bidang itu.
Sesuatu kelainan di kafe ini adalah Flour Crown turut mempamerkan pembuatan croissant di premisnya untuk tontonan pelanggan.
“Ini salah satu kelainan di Flour Crown kerana pelanggan boleh melihat cara-cara membuat croissant. Setiap hari kami menghasilkan sehingga 400 biji croissant,” kata Wan Aifaa Shafia.
Katanya, Flour Crown turut menyediakan tempahan kek untuk hari jadi dan keraian lain termasuk resepsi perkahwinan.

FLOUR CROWN
LOKASI: Taman Mahsuri,
Jitra Kubang Pasu Kedah
WAKTU OPERASI:
12 tengah hari – 10 malam
MAKANAN POPULAR: Cromboloni

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya