A&J Grill Western Sungai Buloh menawarkan 15 menu menarik untuk memenuhkan pinggan dalam promosi Fiesta Penuhkan Pinggan dengan harga RM19.90.
Restoran yang terletak di No.5, Jalan Dataran Villa Putra 1, Taman Villa Putra, Sungai Buloh, Selangor ini mengadakan tawaran istimewa tersebut bermula dari pukul 12 tengah hari hingga pukul 3 petang.
Menurut pemilik A&J Western Grill, Johar Jaffar, idea mewujudkan menu istimewa itu tercetus selepas beliau melihat ramai yang bergelut untuk menampung kos hidup seharian.
“Kawasan di sini banyak kilang, pejabat dan kawasan perumahan. Ramai yang ingin menikmati makanan lazat tetapi bajet terhad.
“Justeru saya membuat 15 menu menarik untuk dijadikan satu hidangan pelbagai cita rasa untuk dijadikan makanan tengah hari yang menyelerakan,”katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia baru-baru ini.
Johar berkata, promosi tersebut turut melibatkan golongan kanak-kanak yang membayar RM10.90 seorang tetapi pinggannya saiz yang lebih kecil.
Katanya lagi, promosi sepanjang 1 Oktober hingga hujung November tersebut mendapat sambutan menggalakkan dengan pembelian melebihi 1,500 orang setakat ini.
“Kita tidak boleh membuat menu Rahmah RM5 satu hidangan kerana kos menyediakan makanan Barat agak tinggi. Oleh itu, kita sesuaikan menu sedia ada dengan harga mampu milik.
“Saya berharap dengan gabungan 15 menu ini kita dapat membuka selera pelanggan untuk makan di sini,” katanya.
Menyentuh mengenai 15 menu itu beliau berkata, antaranya adalah Chicken Chop, Mix Grill iaitu campuran Chicken Grill dan Lamb Grill, pasta seperti Macaroni Cheese, Spaghetti seperti Bolognese dan Carbonara, kentang lenyek, kentang goreng dan salad.
Jelasnya lagi, bagi mengelak pembaziran makanan setiap 100 gram makanan akan dikenakan bayaran RM10 untuk dibawa pulang.
“Bayaran ini menggalakkan pelanggan tidak membazir tidak kira dewasa atau kanak-kanak,”katanya.
Sementara itu bercakap tentang menu hakiki restorannya, Johar memaklumkan dia turut menyediakan hidangan istimewa yang lain daripada 15 menu tersebut.
Beliau memberitahu, antara menu yang menjadi pilihan seperti aneka jenis burger seperti Burger Wagyu, “Big Tower Burger”, Lamb Burger dan makanan Barat yang disesuaikan dengan selera tempatan.
“Kita juga ada menyediakan Nasi Goreng Kambing Panggang, Nasi Goreng Ayam Panggang dan Nasi Goreng Ayam Black Pepper dan Nasi Goreng Kambing Crispy.
“Di sini kita sentiasa menerima kehadiran pelanggan dari luar untuk merasai menu yang kami sajikan dan komen yang diterima amat menggalakkan. Ada yang datang dari luar Sungai Buloh setelah restoran saya tular di media sosial,” ceritanya.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin merasai kelazatan kesemua hidangan di A&J Western Grill boleh menghubungi talian 012-2880863 untuk tempahan dan pesanan.
Waktu operasi restoran bermula dari pukul 12 tengah hari hingga 10.30 malam setiap Isnin hingga Khamis dan bermula pukul 12 tengah hari hingga pukul 11 malam setiap Jumaat hingga Sabtu. – MINGGUAN MALAYSIA