- Utusan Malaysia
Ketua Chef Cafe Colombo, Ruchita Eranga bergambar bersama menu makanan utama ketika reviu makanan di Cafe Colombo, IOI City Mall 2, Putrajaya. - MINGGUAN/ AMIR KHALID.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUASANA santai dan kecantikan dekorasi ala era kolonial dalam restoran sudah cukup menjadi daya tarikan orang ramai untuk bertandang ke Cafe Colombo.
Bagaimanapun, di restoran ini gabungan dekorasi artistik kontemporari dan rasa keenakan pelbagai makanan enak menjadi pelengkap terutama kepada mereka yang bergelar pemburu makanan.
Di restoran ini terdapat pelbagai jenis menu didatangkan khas dari Sri Lanka dan ini sudah semestinya memberikan kelainan terutama bagi penggemar masakan berasaskan kari.
Antara yang wajib dicuba sudah semestinya chicken pot paratha. Keunikan menu ini bukan sahaja terletak pada rupa bentuk hidangan tetapi turut meliputi cara penyediaan.
Roti paratha yang disusun beberapa lapis seakan-akan lasagna dicampurkan dengan kari ayam ini kemudiannya akan dimasukkan dalam satu periuk dilitupi bahan yang seakan-akan kulit roti.
Sebaik hidangan ini tiba, pelayan kemudian akan menarik lapisan tersebut sehingga aroma dan asapnya keluar. Rupanya seakan-akan roti canai banjir. Apa yang menarik, semakin lama makanan

ini dicampur dan dibiarkan, semakin sebati rasa kari ayam. Rasa asli kari dari India yang pekat dan agak berbeza berbanding kari di negara ini.  Hidangan berharga RM25 ini boleh dimakan bersama antara dua hingga tiga orang dalam satu-satu masa.
Selain itu, kochchi chicken juga wajib di cuba di sini. Hidangan ini dikatakan resipi salah seorang Gabenor British Sir Graeme Thomson pada tahun 1931. Ketulan ayam berkrim yang dihidangkan bersama chatni daun kari ini mempunyai rasa seakan-akan kuah carbonara dengan sedikit masam.
Menu ini sesuai dimakan bersama nasi atau roti yang boleh dipesan di sini.   Rasa nasi kuning yang begitu popular di Sri Lanka tidak kurang hebatnya. Ia dicampur bersama kunyit dan kismis serta gajus. Selain itu, bagi mereka yang mahu mencuba makanan laut dengan cita rasa India turut terdapat di Cafe Colombo ini. Chilli garlic king prawn wajib dicuba. Udang bersaiz besar ini dimasak kari dengan campuran bahan seperti asam jawa, bawang putih, kayu manis dan buah pelaga.  Selain menu utama, pengunjung juga perlu mencuba beberapa menu pembuka selera seperti chicken tacos, fist cutlets dan gotu kola iaitu salad yang seakan-akan kerabu dan dicampur kelapa.
Dalam pada itu, menurut Ketua Chef Cafe Colombo, Ruchitha Eranga, makanan di Cafe Colombo menyediakan cita rasa autentik dari Sri Lanka dengan gabungan resipi tersendiri.
Selain itu katanya, restoran ini turut menggunakan bahan-bahan asli dari Sri Lanka sebagai bahan masakan.
“Sri Lanka sememangnya terkenal dengan rempah ratusnya yang berkualiti dan terbaik sejak dulu lagi.
“Justeru kami menghidangkan pelbagai menu menarik dan asli dari Sri Lanka tanpa perlu ke negara tersebut,” jelasnya.
Restoran yang terletak di LG-242, IOI City Mall, Putrajaya ini dibuka setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 10 malam. – Mingguan Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya