APA salahnya sesekali ‘lari’ daripada menjamah menu tempatan sebagai juadah berbuka puasa yang sudah pasti memberikan pengalaman berbeza.
Menu masakan utara India antara yang boleh dicuba lebih-lebih lagi rasanya yang begitu dekat dengan majoriti rakyat Malaysia.
Restoran Namaste India terletak di Taman Tun Dr. Ismail antara tempat terbaik yang menghidangkan pelbagai menu dari wilayah utara negara tersebut.
Nama-nama seperti Rogan Josh, Palak Paneer, Palak Pattar Chaat biarpun kedengaran agak asing, namun percayalah rasanya tidak mengecewakan.
Pada saya, antara hidangan wajib dicuba di sini sudah semestinya briyani kambing Kesar yang memberikan rasa tersendiri berbanding briyani yang ada di negara ini.
Mengapa saya katakan begitu? Ini kerana rasa dan kelembutan nasi serta dagingnya yang terdiri daripada pelbagai rempah dengan didatangkan khas dari utara India memberikan satu pengalaman berbeza.
Selain itu, menu lain seperti lamb shank rogan josh, fish chop, tawa boti shashlik, zaffrani seviyan dan prawn malai curry juga perlu dicuba di sini.
Apa yang menarik, minuman rose shikanji akan menjadi penghilang dahaga sekiranya anda berbuka di Namaste India.
Minuman yang diperbuat daripada sirap rooh afza, jus lemon, garam, pudina, soda dan dicampur ais ini mempunyai rasa sedikit masam bercampur manis.
Semua menu hidangan juadah berbuka ini boleh ditempah bermula 23 Mac sehingga 23 April dengan melayari laman web www.namasteindia.com.my atau hubungi 012-6352383. – Mingguan Malaysia
Sajian asli utara India di Namaste India
- Oleh MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI
- 9 April 2023, 5:21 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
BERITA BERKAITAN
Ikut Machiavelli, ‘harimau dari perut’ atau taktikal
15 Disember 2024, 10:10 am
Jangan pinggirkan pendidikan inklusif
8 Disember 2024, 10:03 am
Melindungi pemberi maklumat rasuah
1 Disember 2024, 9:03 am