MENU berbuka saya kali ini memang berbeza. Kalau sebelum ini ayam percik pasti terhidang atas meja, namun ia diganti dengan udang kara.
Sudah semestinya menu yang dinamakan Lobster Percik Perfection ini ada di Restoran Burger & Lobster, KLCC.
Set hidangan edisi terhad ini turut didatangkan khas bersama nasi mentega dan salad mangga beserta kuah percik.
Terus terang saya katakan selain isi udang kara yang lembut dan manis, kuah percik yang dihidangkan juga sangat sedap dan yang terbaik pernah saya rasakan.
Tidak terlampau pedas dan cukup rasa segala rempah serta lemaknya hasil adunan beberapa bahan seperti kunyit, jintan manis dan ketumbar.
Saya tidak tahu apa rahsia di sebalik keenakannya. Selain itu, turut dihidangkan bersama set ini adalah roti klasik Surf & Turf berintikan daging lembu dan isi udang kara.
Kombinasi udang kara dan hidangan roti Surf & Turf ini sudah cukup membuatkan sesiapa sahaja betul-betul puas dengan set hidangan berbuka puasa ini.
Selain itu, set ini turut didatangkan khas bersama sepiring kuih dan air mocktail, tropical sunset yang dihasilkan daripada campuran nanas, bunga raya dan lemon kisar.
Set menu ini terhad bermula 23 Mac sehingga 21 April 2023 dengan harga RM250 untuk setiap set. – Mingguan Malaysia
Penangan udang kara ketika berbuka
- Oleh MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI
- 16 April 2023, 5:09 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
BERITA BERKAITAN
Ikut Machiavelli, ‘harimau dari perut’ atau taktikal
15 Disember 2024, 10:10 am
Jangan pinggirkan pendidikan inklusif
8 Disember 2024, 10:03 am
Melindungi pemberi maklumat rasuah
1 Disember 2024, 9:03 am