Nostalgia Senja taruhan WTC - Utusan Malaysia

Nostalgia Senja taruhan WTC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERASAP-asap daging kambing panggang ketika salah seorang cef memotong sebahagian daripadanya untuk dihidangkan kepada para tetamu.
Daging kambing yang disediakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) ini menggunakan rempah dan resipi tersendiri.
Malah apa yang menarik, daging kambing bakar ini tidak kering dan masih terasa kemanisan tersendiri tanpa berbau hamis.
Selain itu, terdapat menu berasaskan kambing yang lain seperti kambing masak pasemah dan kambing goreng khusus kepada pengunjung bufet berbuka puasa di Nostalgia Senja di sini.
Menu lain termasuk ikan patin tempoyak dan siput sedut masak lemak eksotik serta nasi ayam istimewa senja terlaris.
Untuk mereka yang mengidam nasi kandar, buffet ramadan di sini menyediakan nasi kandar Sadam dengan beberapa aneka lauk untuk santapan.
Terdapat lebih 300 hidangan terdapat di sini dan pengunjung boleh menikmatinya pada kadar RM138 seorang bagi dewasa manakala untuk kanak-kanak RM69.
Nostalgia Senja beroperasi bermula 27 Mac sehingga 20 April ini terletak di Legar Putra Aras 2 WTC. – Mingguan Malaysia

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya