Keunikan sup kambing merah berempah di The Westin - Utusan Malaysia

Keunikan sup kambing merah berempah di The Westin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAIN daripada yang lain. Itulah yang dapat disimpulkan bagi menu sup kambing merah berempah di The Westin, ibu negara.
Sekilas pandang, sup ini mungkin dilihat pedas disebabkan warna merahnya yang menyala, namun sebenarnya tidak begitu.
Malah keenakan dan kelembutan daging bercampur tulang kambing ini jelas terasa lebih-lebih lagi rempah yang digunakan.
Apa yang menarik, tulang gear box sup ini bukanlah daripada lembu, sebaliknya tulang kambing, sekaligus memberikan keunikan tersendiri.

Menurut chef Syeriff Hafizal, tulang kambing itu direbus perlahan selama enam sehingga 10 jam untuk memberikan kesempurnaan sebelum dihidangkan kepada tetamu.

 

Maka tidak hairanlah ia menjadi hidangan wajib cuba di hotel ini di samping menu lain seperti kambing golek nasi briyani, ayam opor, daging masak lemak cili api, kerabu perut bunga kantan serta pelbagai lagi.
Selain hidangan utama, pelbagai kuih muih dan pencuci mulut terdapat di sini dengan rasa yang tidak kurang hebatnya.
Semua hidangan yang menampilkan tema Citarasa Anak Kampung ini dibuka untuk tempahan orang ramai bermula 23 Mac lalu sehingga 19 April ini.
Harga untuk bufet Ramadan di sini adalah RM208 untuk dewasa manakala kanak-kanak pula, RM104. – Mingguan Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya