Berbuka puasa dalam suasana flora di Restoran I’Dahlia Corner - Utusan Malaysia

Berbuka puasa dalam suasana flora di Restoran I’Dahlia Corner

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BIARPUN dikelilingi ‘hutan konkrit’, kenikmatan dan ketenangan flora boleh dinikmati ketika berkunjung ke restoran ini.
Manakan tidak, hampir segenap penjuru dikelilingi tumbuh-tumbuhan sekaligus menjadikan kawasan di Restoran I’Dahlia Corner redup dan sejuk.
Paling menarik, seandainya dapat menikmati kepelbagaian juadah berbuka puasa yang terdiri daripada lebih 50 menu hidangan lauk pauk kampung dengan suasana sedia ada.
Di restoran ini, siput sedut masak lemak cili api semestinya wajib dicuba kerana bukan mudah untuk menikmati menu tersebut di tengah-tengah bandar. Apatah lagi rasanya yang begitu sedap dan berlemak tanpa ada rasa lumpur.
Selain itu, bagi penggemar sup, anda boleh mencuba ‘sup tulang meletop’ yang lembut dan dicampur kepelbagaian rempah bagi menghasilkan cita rasa sempurna.
Menu lain yang perlu dicuba di sini termasuklah rendang minang dan ayam percik. Kedua-dua menu ini menjadi pilihan saya kerana rempah yang digunakan betul-betul terasa dan cukup lengkap serta tidak terlalu pedas.
Di samping menu utama, pengunjung boleh mencuba pelbagai kuih muih dan pencuci mulut yang enak.
Restoran yang terletak di Persiaran Stonor, ibu negara ini dibuka dari pukul 6.30 petang sehingga pukul 10 malam setiap hari.
Harga bagi buffet Ramadan di sini adalah RM69 bagi dewasa, RM49 (warga emas) dan RM39 bagi kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun. – MINGGUAN MALAYSIA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya