Asam pedas rusuk lembu di Hilton PJ - Utusan Malaysia

Asam pedas rusuk lembu di Hilton PJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TERASA kelembutan pada setiap gigitan daging lembu yang dimasak sempurna. Malah, keenakan rasanya tidak dapat disangkal walaupun menu ini jarang diketengahkan pengusaha restoran atau kedai makan.
Di Hotel Hilton Petaling Jaya, rusuk lembu ini direnehkan dengan asam pedas dan bukanlah sebagaimana masakan asam pedas yang menjadi kebiasaan, iaitu dengan penuh berkuah.
Sudah semestinya ia wajib dicuba dan menu ini antara sebahagian juadah yang disediakan di Restoran Paya Serai di hotel ini dengan bertemakan ‘Sajian Ramadan Di Hujung Kampung’.
Selain itu, menu lain yang terdapat di hotel ini adalah sup gearbox, nasi mandy kambing golek, ayam guling panggang berem­pah dengan nasi briyani, gulai kawah daging dengan umbut pisang dan ikan sembilang salai masak lemak cili padi.
Bagi memberikan kelainan dan kemeriahan, ada sebahagian menu ini yang akan ditukar setiap seminggu sekali.
Jadi, ia pasti tidak menjemukan untuk mereka yang mahu datang berkali-kali.
Sajian berbuka ini bermula pada harga RM198 untuk dewasa dan RM98 untuk kanak-kanak bermula 23 Mac ini hingga 21 April depan.
Bagi pengunjung yang membuat tempahan awal, tawaran terhad diberikan iaitu dari 23 hingga 27 Mac dan 17 hingga 21 April, pengunjung akan menikmati potongan 30% peratus untuk tempahan prabayar yang dilakukan melalui eatdrinkhilton.com. – Mingguan Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya